Sabtu, Ogos 21, 2010

Terjemahan
Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari




Kitab Iman
Bab : 18. Orang Yang Menyatakan ”Iman adalah Perbuatan"
Hadis : 26






18. Orang Yang Menyatakan ”Iman adalah Perbuatan”
Berdasarkan firman Allah,
تَعْمَلُونَ كُنْتُمْ بِمَا أُورِثْتُمُوهَا الَّتِي الْجَنَّةُ وَتِلْكَ
Dan itulah surga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan. (Az-Zukhruf 43 : 72)
Beberapa ulama menyatakan bahawa firman Allah ;
أَجْمَعِينَ لَنَسْأَلَنَّهُمْ فَوَرَبِّكَ (Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua), يَعْمَلُونَ كَانُوا عَمَّا (tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu) (Al-Hijr 15 : 92 – 93) ditafsirkan dengan kalimah اللَّهُ إِلاَّ لاَإِلَهَ
Allah berfirman, الْعَامِلُونَ فَلْيَعْمَلِ هَذَا لِمِثْلِ (Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja.) (Ash-Shaffaat 37 : 61)



26 -
 حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ وَمُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَا حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ



أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ فَقَالَ إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ حَجٌّ مَبْرُورٌ

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, kata nya ada orang yang bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ”Apakah amal yang paling utama?”. Jawab Nabi, ”Percaya kepada Allah dan Rasul Nya”. Ia bertanya lagi, ”Lalu apa lagi?”. Jawab Nabi, ”Jihad dijalan Allah”. Tanya nya lagi, ”Sesudah itu apa lagi?”. Jawab Nabi, ”Haji yang mabrur”.
Keterangan Hadis :
الْعَمَلُ هُو نَ الاِيْمَا إِنَّ (iman adalah perbuatan)
Dalam hal ini harus ada kesesuaian antara hadis dengan ayat ketika mempergunakan salah satu nya menafsirkan yang lain, kerana satu ayat atau hadis dapat menjadi dalil untukbeberapa pendapat, seperti firman Allah ;,

تَعْمَلُونَ كُنْتُم بِمَا (yang dahulu kamu kerjakan) ini bersifat umum, yang mencakupi setiap perbuatan. Sedangkan sebahagian ahli tafsir berpendapat bahawa makna dari تَعْمَلُونَ (kamu mengerjakan) adalah تُؤْمِنُونَ (kamu beriman), ia itu dengan makna yang lebih khusus.
Sedangkan firman Nya, يَعْمَلُونَ كَانُوا عَمَّا (tentang apa yang kamu kerjakan dahulu) adalah khusus bagi perbuatan mulut, sebagaimana dinukil oleh Imam Bukhari. Ada pun firman Allah, الْعَامِلُونَ فَليعْمَلِ (berusahalah orang-orang yang bekerja) juga bersifat umum. Demikian pula dengan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam hadis, ”Iman kepada Allah” sebagai jawapan dari pertanyaan, ”Perbuatan apa yang paling utama?” menunjukan bahawa keyakinan dan perkataan termasuk dalam kategori perbuatan.
Jika ada orang berpendapat bahawa kata ثُمَّ dalam hadis tersebut menunjukan perbezaan dan urutan, maka jihad dan haji tidak termasuk sebahagian daripada iman. Jawap nya bahawa yang dimaksudkan dengan iman disini adalah hakikat nya ia itu at-tashdiq (meyakini), sedangkan iman sendiri –sebagaimana telah dijelaskan sebelum nya- mencakupi perbuatan fisikal, kerana perbutan termasuk pelengkap iman.

أُورِثْتُمُوهَا (yang diwariskan kepadamu)

Maksud nya adalah menjadi warisan bagi mu, Kata أورِ seringh digunakan untuk menunjukan ”pemberian”, kerana sama-sama mengandungi perngertian memiliki. Huruf مَا dalam kata بِمَا merupakan ”ma mashdariah” sehingga erti nya adalah ”dengan perbuatan kamu”, atau merupakan ”ma maushulah” yang bererti ”dengan apa yang telah engkau kerjakan. Sedangkan huruf ”ba” menunjukan erti ”pengganti atau balasan”.



Jika ada pertanyaan, ”Bagaimana menyatukan antara ayat ini dengan hadis, ”Tidak seorang pun masuk syurga dengan amal nya?”, jawap nya adalah bahawa maksud dari amal dalam hadis tersebut adalah amal yang tidak diterima, sedangkan amal dalam ayat diatas adalah amal yang diterima. Dalam hal ini, diterima nya amal tersebut hanya diperolehi dengan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’aala. Oleh kerana itu, tidak ada yang masuk syurga kecuali denga rahmat Allah. Asda yang berpendapat, bahawa jawapan nya bukan itu seperti yang akan kami jelaskan.

لَنَسْأَلَنَّهُمْ (kami pasti akan menanyai mereka)

Menurut Imam Nawawi, maksud kalimah tersebut adalah seluruh perbuatan mereka atau yang berkaitan dengan taklif 9kewajipan). Maka mengkhususkan kalimah tersebut hanya pada tauhis sahaja, adalah pendapat yang tidal mempunyai landasan dalil. Dalam hal ini saya berpendapat bahawa pengkhususan kalimah tersebut –seperti yang mereka lakukan- tetap mempunyai landasan dalil, kerana firman Allah أَجْمَعِينَ (Ajma’iin = mereka semua) bersifat umum hingga firmanNya ” لِلْمُؤْمِنِينَ جَنَاحَكَ وَاخْفِضْ عَلَيْهِمْ تَحْزَنْ وَلا” (dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman.) (Al-Hijr 15 : 88). Oleh kerana itu, baik orang muslim maupun orang kafir termasuk dalam pengertian ayat tersebut, sebab menurut kesepakatan ulama, orang kafir juga terkena perintah untuk bertauhid. Sedangkan untuk amal-amal lain nya, terdapat perbezaan pendapat.
Ada yang berpendapat bahawa mereka terkena perintah (mukhathab) dan mereka akan ditanya tentang semua amal perbuatan nya, dan ada pula yang berpendapat bahawa mereka tidak dikenakan perentah tersebut sehingga orang-orang kafir tersebut hanya akan ditanya tentang tauhid sahaja. Dari sini dapat disimpulkan bahawa tidak ada perbezaan pendapat dalam pertanggung jawaban masalah tauhid. Ini lah dalil tafhsish 9pengkhususan0, dimana ayat diatas sebaiknya di tafsirkan seperti itu dan tidak ditafsirkan dengan ”seluruh perbuatan” yang masih menjadi bahan perdebatan. Wallahu a’lam.



Allah berfirman هَذَا لِمِثْلِ (untuk kemenangan seperti ini), iaitu kemenangan yang besar, الْعَامِلُونَ فَليعْمَلِ (hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja) didunia. Jelas bahawa Imam Bukhari menakwilkan ayat tersebut sebagaimana beliau menakwil kan dua ayat sebelum nya, ia itu dengan maksud ’beriman lah orang-orang nukmin”. Atau beliau menafsir kan secara umum, kerana setiap orang beriman harus menerima apa yang datang dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Setiap orang yang telah menerima nya,maka ia wajib beramal, dan setiap orang yang beramal, maka ia pasti akan mendapat ganjaran .ya. Jika telah mendapat ganjaran tersebut, maka ia akan berkata, ”Untuk kemenangan seperti ini hendak lah berusaha orang-orang yang bekerja)”. (Ash-Shaffat. 37 : 61)



Ada kemungkinan orang yang menyatakan hal tersebut adalah seorang mukmin dengan memperhatikan bukti atau tanda-tanda yang ada. Juga ada kemungkinan bahawa perkataan nya hanya sampai pada firman Allah, العَظِيْمُ الفَوْزُ (kemenangan yang besar) sedangkan kalimah setelah nya adalah firman Allah atau perkataan malaikat yang bukan merupakan cerita tentang perkataan seorang mukmin. Ketiga kemungkinan tersebut dapat ditemukan dalam kitab tafsir, dan agak nya ini lah rahsia mengapa pengarang tidak menyebutkan dengan jelas orang yang menyatakan nya. Wallahu a’lam.

سُئِلَ (ditanya)

Orang yang bertanya tidak disebut dalam hadis ini. Ia adalah Abu Dzarr Al Ghifari. Hadis nya dapat dijumpai dalam bab Al Itqu’.

قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ (kemudian apa? Nabi pun menjawap, “jihad dijalan Allah”)

Dalam sanad milik Al Harith bin Abu Usamah dari ibrahim bin sa’ad disebutkan seperti berikut, جِهَادً ثُمَّ . Dengan demikian, ketiga hal tersebut, (iman, jihad dan haji0 disebut dalam bentuk nakirah (kata benda tak pasti0 berbeza dengan nash yang disebut oleh Imam Bukhari. Al Karmani berpendapat, bahawa iman dan haji tidak perlu diulang, tidak seperti jihad yang harus dilakukan. Oleh kerana itu, iman dan haji disebut dalam bentuk nakirah untuk menunjukan erti tunggal, sedangkan jihad disebutkan dalam bentuk ma’rifat (pasti) untuk menunjukan erti kesempurnaan. Sebab jika jihad hanya dilakukan sekali padahal seharusnya dilakukan terus menerus, maka tidak lagi afdhal (lebih utama).
Penyataan seperti ini boleh dibantah, kerana bentuk nakirah juga dapat menunjukan erti ta’zhim yang juga bererti kesempurnaan. Sedangkan bentuk ma’rifat dapat menunjukan erti Al ‘Ahdu (sesuatu yang sudah diketahui). Dari sini, maka pemisahan seperti itu tidak dapat diterima. Saya berpendapat, bahawa peyampaian dalam bentuk nakirah atau ma’rifat hanya lah keinginan para perawi sahaja, kerana sumber nya dalah satu.

حَجٌّ مَبْرُورٌ (haji yang mabrur)

Yang dimaksudkan dengan haji yang mabrur adalah haji yang diterima. Sebahagian orang berpendapat bahawa haji mabrur adalah haji yang tidak dicampuri dengan dosa, atau haji yang tidak mengandungi unsur riya’
Pelajaran yang dapat diambil :

Dalam hadis ini kata jihad disebutkan setelah iman, sedangkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzarr tidak disebutkan kata jihad, tetapi yang disebut adalah Al ’Itqu (membebaskan budak). Dalam hadis Ibnu Mas’ud urutan nya dimulai dengan solat, bernakti kepada orang tua kemudian jihad, dan dalam hadis yang lalu telah disebutkan ”selamat dari tangan dan mulut”.
Para ulama menyatakan, bahawa perbezaan jawapan tersebut disebabkan oleh perbezaan keadaan dan keperluan para pendengar. Maka yang bertanya dan yang mendengar diberitahukan tentang sesuatu yang belum mereka ketahui. Atau kerana hadis tersebut mengandungi kata ”min” yang bererti bahagian, sebagaimana hadis Nabi ”Khairukum khairukum li ahlihi” (sebaik-baik orang antara kamu adalah mereka yang paling baik kepada ahli keluarganya)”. Jika ada pertanyaan, ”Mengapa jihad yang tidak termasuk dalam rukun Islam lebih didahulukan daripada Haji yang merupakan rukum Islam?”. Jawap nya adalah, bahawa manfaat haji sifatnya terbatas, sedangkan manfaat jihat sangat luas”. Atau mungkin kerana hukum jihad adalah fardhu ’ain. Hal ini telah berulangkali disebutkan, sehingga jihad lebih penting dan harus diutamakan daripada haji. Wallahu a’lam.










aj

Isnin, Januari 11, 2010

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan muhammad itu utusan Allah

Terjemahan
Fathul Bari

Ibnu Hajar Al Asqalani

Syarah Kitab Shahih Al Bukhari
Kitab Iman


Bab  : 17.
”Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan”.
(At-Taubah 9 : 5)


رَحِيمٌ غَفُورٌ اللَّهَ إِنَّ سَبِيلَهُمْ فَخَلُّوا الزَّكَاةَ وَآتَوُا الصَّلاةَ وَأَقَامُوا تَابُوا فَإِنْ





25 -
 حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمُسْنَدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو رَوْحٍ الْحَرَمِيُّ بْنُ عُمَارَةَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ وَاقِدِ بْنِ مُحَمَّدٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ عَنْ ابْنِ عُمَرَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

25. Dari Ibnu umar berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan muhammad itu utusan Allah, dan supaya mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Jika mereka melakukan itu maka darah dan harta mereka mendapat perlindungan dariku, kecuali kerana alasan-alasan hukum Islam. Sedangkan perhitungan terakhir mereka terserah kepada Allah”.
Hadis ini dijadikan dasar untuk menafsirkan ayat diatas, kerana maksud ”taubat” dalam ayat tersebut adalah berhenti dari kekufuran menuju tauhid. Ayat tersebut di tafsirkan oleh sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ;

حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ (sampai mereka ber saksikan tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah).


Disamping itu ada perkaitan lain antara ayat dengan hadis diatas, ia itu takhalliyah (memberi kebebasan) dalam ayat dan ’ishmah (perlindungan) dalam hadis memiliki erti yang sama. Sedangkan perkaitan hadis dengan bab iman, merupakan bantahan terhadap kelompok Murji’ah yang mendakwa bahawa iman tidak memerlukan pembuktian dalambentuk amal perbuatan.

أُمِرْتُ (Aku diperintahkan)

Maksudnya, aku diperintahkan oleh Allah kerana hanya Dia lah yang memerintah Rasul Nya. Jika ada seorang sahabat yang menyatakan, ”Aku diperintah”, maka hal tersebut bererti ”Aku diperntah oleh Rasulullah”. Kalimah tersebut tidak mengandungi kemungkinan ”Aku diperintah oleh sahabat yang lain’. Kerana selama mereka adalah para mujtahid, maka mereka tidak menjadikan perintah mujtahid yang lain sebagai hujah. Apabila kalimah tersebut dikatakan oleh seorang tabi’i, maka ada kemungkinan demikian. Kesimpulan nya, bahawa sesaorang yang terkenal patuh kepada pemimpin nya, maka jika ia menyatakan kalimah tersebut, dapat difahami bahawa perintah tersebut berasal dari pemimpin nya.



حَتَّى يَشْهَدُوا (sehingga mereka bersaksi).

Kalimah ini menjelaskan, bahawa tujuan memerangi adalah kerana adanya sebab-sebab yang telah disebutkan dalam hadis. Maka secara zahir kalimah itu mengandungi penyataan, bahawa orang yang mengucapkan syahadah, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat, akan dijamin jiwa nya walaupun mengingkari hukum-hukum yang lain. Kerana syahadah (kesaksian0 terhadap sesuatu risalah bererti meyakini semua yang berasal dari nya, ditambah lagi bahawa kaitan hadis إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ (kecuali yang berkaitan dengan hukum Islam) mencakupi semua hal yang disebutkan dalam hadis.
Jika ada pertanyaan, ”Mengapa yang disebutkan hanya solat dan zakat sahaja dalam nas di atas?”. Jawap nya, supaya manusia memperhatikan dua hal tersebut, kerana solat dan zakat adalah ibadah yang sangat mulia, disamping kedua nya juga merupakan ibadah badaniyah (jasmani) dan maliyah (harta) yang paling penting.

وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ (dan mendirikan solat)

Ertinya, melaksanakan solat secara berterusan dan memenuhi semua syarat rukun nya. Maksud dari qiyam (berdiri) adalah adaa’ (melaksanakan) yang dalam hal ini termasuk takbir al kulli bil juz’i (menerangkan sesuatu dengan menyebutkan bagi nya), kerana berdiri merupakan salah satu rukun solat. Yang dimaksudkan dengan solat disini adalah yang diwajibkan, bukan solat yang umum. Oleh kerana itu, tidak termasuk didalam nya sujud tilawah walaupun sujud tersebut dapat dikategorikan dalam solat.
Syaikh Muhyiddin An-Nawawi berkata, ”Hadis ini menunjukan bahawa orang yang meninggalkan solat secara sengaja akan dibunuh atau dihukum mati”. Kemudian beliau menyebutkan perbezaan pendapat ulama dalam hal ini.
Ketika Al Karmani ditanya tentang hukum orang yang meninggalkan solat, beliau menjawap bahawa hukum solat dan zakat adalah sama kerana tujuan kedua hal tersebut tidak berbeza, iaitu ”memerangi” bukan ”menghukum mati”. Adapun perbezaan nya, orang yang tidak mahu membayar zakat dapat diambil secara paksa sedangkan dalam solat tidak dapat diperlakukan seperti itu. Oleh kerana itu, jika sesaorang yang telah mencapai nisab dan tidak mahu mengeluarkan zakat maka dia harus di perangi.
Dalam kerangka ini, Abu Bakar As-Siddiq memerangi golongan yang tidak mahu membayar zakat. Tidak ada satu pun riwayat yang menunjukan bahawa beliau membunuh mereka. Oleh kerana itu, harus diteliti terlebuh dahulu jika hadis ini dijadikan dalil untuk membunuh orang yang meninggalkan solat, kerana sighah (bentuk kalimah) uqaatil (saya memerangi) dengan aqtul (saya membunuh) adalah berbeza. Wallahu a’lam.
Ibnu Daqiq Al Id dalam kitab nya Syarh Al Umdah telah menjelaskansecara panjang lebar dalam menolak pendapat yang menggunakan hadis tersebut sebagai dasar hukum bagi orang yang meninggalkan solat. Beliau berkata, ”Di boleh kan memerangi (golongan tersebut), bukan bererti dibolehkan membunuh nereka. Kerana bentuk ”muqaatalah” berasal dari wazn (pola) ”mufaa’alah” yang mengharuskan ada nya perhubungan antara kedua pihak, sedangkan dalam al qatlu (membunuh) tidak seperti itu”.

Al Baihaqi meriwayatkan dari As-Syafi’i yang berkata, ”Perang tidak sama dengan membunuh, kerana kadang kala kita dibolehkan untuk memerangi sesaorang tetapi tidak boleh membunuh nya”.


فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ (Jika mereka melakukan itu)

Ungkapan tersebut menggunakan kata فَعَلُو (fa’aluu = melakukan), meskipun di antara odjek nya ada yang berbentuk perkataan. Hal itu mungkin disebabkan penggunaan kaedah taghlib (menamakan sesuatu dengan syarat yang paling menonjol) atau kerana menghendaki erti yang lebih umum, sebab perkataan adalah perbuatan lisan.


عَصَمُوا (mereka berada dalam perlindungan ku) terjaga atau terlindung. Al ’Ishaam, ia itu tali untuk mengikat mulut qirbah (tempat air yang berasal dari kulit haiwan) agar air nya tidak mengalir.

وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ (dan perhitungan terakhir mereka terserah kepada Allah)

Ertinya, dalam hal-hal yang bersifat rahsia. Kalimah tersebut dapat dijadikan dalil diterima nya amal perbuatan yang bersifat lahiriah (nampak) dan menetapkan hukum dengan bukti-bukti yang zahir. Demikian pula bahawa keyakinan yang kuat cukup sebagai syarat diterima nya iman. Pendapat ini berbeza dengan pendapat yang mengharuskan untuk mengetahui dan mempelajari dalil atau bukti-bukti secara mendalam, sebagaimana yang telah dibahaskan sebelum ini.


Kalimah diatas, dapat dijadikan sebagai dalil untuk tidak mengkafirkan ahli bid’ah yang mengikrarkan tauhid dan melaksanakan syariat. Begitu juga sebagai dalil diterima nya taubat orang yang kafir, terlepas apakah kekafiran nya sebelum itu bersifat zahir atau batin. Jika ada yang bertanya, ”Hadis tersebut menuntut untuk memerangi orang yang menolak tauhid, lalu bagaimana orang-orang yang membayar jizyah dan mu’ahadah (yang terikat dengan perjanjian damai0 tidak diperangi?. Ada beberapa jawapan atas pertanyaan ini;


Nasakh (penghapusan hukum) denganalasan bahawa hukum penarikan jizyah dan mu’ahadah datang setelah hadis-hadis ini. Dalilnya adalah hadis yang mengsahkan pengambilan jizyah dan perjanjian datang setelah turun nya firman Allah, ”Bunuhlah kaum musyrik.”
Hdis tersebut bersifat umum dan di khususkan dengan hadis lain. Kerana suatu perintah dimaksudkan untuk mencapai suatu tujuan, sehingga apabila ada hukum lain yang tidak sama dengan hukum yang bersifat umum itu denganalasan tertentu, maka hal itu tidak akan mengurangi atau merubah nilai hukum yang bersifat umum tersebut.
Konteks hadis itu bersifat umum yang mempunyai maksud tertentu. Seperti kata ”An-Naas (manusia)”, dalam kalimah ”Uqaatila an-Naasa’ adalah kaum musrikin, sehingga ahlul kitab tidak termasuk di dalam nya. Hal ini diperkuat dengan riwayat dari An-Nasa’i yang berbunyi

المشركين أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ (aku diperintahkan untuk memerangi kaum musyrikin. Apabila ada yang menyatakan, ”Walaupun hal ini boleh diterapkan dalam masalah ahlul jizyah, namun maseh tidak dapat diterapkan dalam hal mu’ahadah atau golongan yang menolak jizyah”. Ini adalah kerana faktor yang menyebabkan mereka harus diperangi adalah keengganan nya untuk membayar zakat, bukan menangguhkan perlaksanaan nya dalam selang waktu tertentu seperti dalam hudnah (gencatan senjata). Sedangkan golongan yang menolak membayar jizyah harus diperangi berdasarkan ayat tersebut diatas.
Boleh jadi maksud dari syahadah dan lain nya yang disebutkan dalam hadis tersebut adalah menegak kan kalimah Allah dan menundukan para pembangkang. Tujuan ini ada kala nya dapat dicapai dengan berperang, jizyah atau mu’ahadah.
Bahawa tuntutan perang tersebut adalah agar mereka mengakui ajaran tauhid atau membayar jizyah sebagai pengganti.
Tujuan diwajibkan jizyah adalah mendesak mereka untuk memeluk islam. Seakan akan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ”hingga mereka memeluk islam atau melaksanakan perbuatan yang mengharuskan mereka memeluk islam”. Ini lah jawapan yang paling baik.
Wallahu a’lam.













Sabtu, Januari 09, 2010

Malu Adalah Sebahagian Dari Iman

Terjemahan
Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari

Kitab Iman

Bab 16. Malu Adalah Sebahagian Dari Iman


23 -
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى رَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ وَهُوَ يَعِظُ أَخَاهُ فِي الْحَيَاءِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعْهُ فَإِنَّ الْحَيَاءَ مِنْ الْإِيمَانِ

23. Dari Salim bin Abdullah, dari ayahnya, ia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu dihadapan seorang Anshar yang sedang mencela saudara nya kerana saudara nya seorang yang pemalu, Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Biarkan dia!. Sesungguh nya malu itu sebahagian dari iman.


Keterangan Hadis :
Sifat malu ini telah dibahaskan sebelumnya dalam masaalah iman. Ada pun pengulangan nya disini bertujuan untuk membahaskan nya secara terpisah dengan sanad yang berbeza, sehingga pembahasan sebelum nya bukan lah pembahasan tersendiri yang tidak berhubungan dengan pembahasan dalam bab ini.


عَنْ أَبِيهِ (dari ayah nya), ia itu Abdullah bin Umar bin Khatab


مَرَّ عَلَى رَجُلٍ (Nabi lalu dihadapan orang Anshar)

Dalam sahih Muslim lafaz nya adalah جُل برَ مَرَّ , مَرَّ (marra) bererti melalui, kata tersebut biasa digabungkan dengan ”Ala” atau ”ba’”. Saya tidak mengetahui nama dua orang yang ada diatas, baik yang memberikan nasihat atau yang diberi nasihat.


يَعِظُ bererti menasihati, menakut-nakutkan atau mengingati. Demikian lah mereka menerangkan kata tersebut. Keterangan yang lebih jelas adalah seperti yang diterangkan oleh Imam Bukhari, dalam bab Adab melalui jalur Abdul Aziz bin Abu Salmah dari Ibnu Shihab yang lafaz nya الْحَيَاءِ في أَخَاه يعابَ (mencela sifat malu yang dimiliki oleh saudara nya). Ia berkata, ”Engkau sangat pemalu”, seakan-akan ia berkata, ”Sifat tersebut sangat membahayakan mu”.

Ada kemungkinan bahawa dua lafaz tersebut وعظ (menasihati) dan ’itaab عتاب (mencela) disebut secara bersamaan dalam satu hadis, akan tetapi sebahagian periwayat ada yang menyebutkan dan ada yang tidak. Hal tersebut dilakukan dengan keyakinan bahawa salah satu dari kedua lafaz tersebut dapat mewakili lafaz yang lain.

في termasuk ”fa’ sababiyah (yang menunjukkan sebab) erti nya seakan-akan lelaki tersebut sangat pemalu sampai tidak mahu meminta hak nya. Kerana itu lah ia dicela oleh saudara nya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada nya, ” دَعْهُ ” erti nya, biarkan dia tetap berada dalam akhlak yang sunnah itu, kerana malu adalah sebahagian daripada iman. Jika sifat malu menghalang sesaorang untuk menuntut haknya, maka dia akan diberi pahala yang sesuai dengan hak yang ditinggalkan nya itu. Ibnu Qutaibah berkata, ”Maksudnya, bahawa sifat malu dapat menghalangi dan menghindarkan sesaorang untuk melakukan kemaksiatan sebagaimana iman. Maka sifat malu disebut sebagai iman, seperti sesuatu dapat diberi nama dengan nama lainnya yang dapat menggantikan kedudukan nya”.

Untuk itu penyataan bahawa sifat malu itu sebahagian dari iman termasuk majaz (kiasan). Dalam hadis tersebut, tampak nya orang yang melarang itu tidak mengetahui bahawa malu itu termasuk salah satu kesempurnaan iman, sehingga setelah itu ditegaskan kembali kewujudan dari sifat malu tersebut. Penegasan itu juga disebabkan kerana masalah itu adalah masalah yang harus diperhatikan, meskipun tidak ada yang mengingkari nya.

Ar-Raghib berkata, ’malu adalah menahan diri dari perbuatan buruk”. Sifat tersebut merupakan salah satu ciri khusus manusia yang dapat mencegah dari perbuatan yang memalukan dan membezakan nya dengan binatang. Sifat tersebut merupakan gabungan dari sifat takut dan iffah 9menjaga kesucian diri). Oleh kerana itu orang yang malu bukan orang yang fasik, meskipun jarang sekali kita temukan seorang pemberani yang pemalu. Terkadang sifat malu juga bererti menahan diri secara mutlak.

Ada pula yang berpendapat bahawa kata tersebut bererti menahan diri, kerana takut melakukan sesuatu yang dibenci oleh syariat, akal maupun adat kebiasaan. Orang yang melakukan sesuatu yang dibenci syariat, maka ia termasuk orang yang fasik. Jika ia melakukan hal yang dibenci oleh akal, maka ia termasuk dalam kategori orang gila. Sedang kan jika ia melakukan hal yang dibenci oleh adat maka dia orang yang bodoh. Adapun perkataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ”Malu adalah sebahagian dari iman”, mengandungi erti, bahawa malu merupakan salah satu pengaruh iman.

Al Hulaimi berkata, ”Kesan dari rasa malu adalah takut akan dosa, kerana melakukan perbuatan yang tidak terpuji”. Yang lain menambahkan, bahawa rasa malu terhadap sesuatu yang diharam kan, adalah wajib hukum nya. Sedangkan terhadap sesuatu yang makruh, hukumnya sunnah. Namun malu terhadap sesuatu yang diperbolehkan (mubah) hukumnya harus disesuaikan dengan adat kebiasaan. Inilah maksud dari perkataan, ”Perasaan malu selalu mendatangkan kebaikan”. Untuk itu dapat disimpulkan bahawa menetapkan dan menafikan mubah harus disesuaikan dengan hukum syariat.

Di riwayatkan dari sebahagian ulama salaf, ”Aku melihat bahawa kemaksiatan itu adalah perbuatan hina, dan demi kehormatan ku tinggalkan kemaksiatan tersebut. Setelah itu terbentuklah ruh agama”. Terkadang rasa malu kepada Allah lahir kerana besarnya nikmat yang diberikan, sehingga merasa malu menggunakan nikmat tersebut untuk melakukan kemaksiatan kepada Nya. Sebahagian ulama berkata, ”Takutlah kepada Allah sebesar kekuasaan Nya atas diri mu, dan malu lah kepada Nya sebesar kedekatan Nya kepada dirimu. Wallahu a’lam.





..aj

Terjemahan FathulBari Tingkatan Orang-Orang Yang Beriman Dalam Perbuatan

Terjemahan
Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari

Kitab Iman







22 - حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مِنْ النَّارِ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدْ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوْ الْحَيَاةِ شَكَّ مَالِكٌ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً
قَالَ وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا عَمْرٌو الْحَيَاةِ وَقَالَ خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ

22.   ”Dari Abu Said Al Khudri radhiyallahu ’anhu bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Setelah penduduk syurga memasuki syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah pun berfirman, ”Keluar kan dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi”. Mereka pun dikeluarkan dari neraka, hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai Haya’ atau Haya’a –terdapat keraguan dalam diri Imam Malik-. Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. Tidakkah engkau melihat benih tersebut tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat”. Wuhaib berkata, ”Amru menceritakan kepada kami, ”Sungai Al Hayat (kehidupan)”, dan Wuhaib berkata, ”kebaikan sebesar biji sawi”.


Keterangan Hadis :

 يَدْخُلُ    (masuk) menurut riwayat Daruquthni dari jalur Al-Ismaili dan yang lain nya lafaz nya adalah,  اللَّه  يُدخِلُ   (Allah memasukkan). Sedangkan dari jalur Ma’an disebutkan, ’Dia memasukan sesiapa yang dikehendaki dengan rahmat-Nya”. Sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Imam Bukhari dan Al Ismaili dari jalur Ibnu Wahab.

                     

   مِثْقَالُ حَبَّةٍ    (walaupun sebesar biji sawi) maksudnya adalah iman yang paling kecil. Al Khaththabi berpendapat, ”Kata tersebut dimaksudkan untuk menunjuk kan rujukan dalam pengetahuan bukan berdasarkan berat nya, kerana tujuan mengungkapkan sesuatu yang terlintas dalam fikiran dengan sesuatu yang dapat dilihat adalah agar mudah difahami’. Imam Haramain berkata, ”Berat hanya di peruntukan bagi amal yang berat nya sesuai dengan ganjaran dari perbuatan yang dilakukan”. Yang lain berpendapat, ”Boleh sahaja perbuatan yang ada diwujudkan kemudian ditimbang, kerana apa yang terjadi di akhirat tidak dapat dicapai olegh akal fikiran manusia. Sedang yang dimaksudkan dengan biji sawi di sini adalah amalan yang lebih dari sekadar tauhid berdasarkan firman allah dalam riwayat lain, ”Keluarkan (dari neraka) orang yang berkata   اللَّه إلاَّ إلَهَ لاَ  dan berbuat kebaikan walaupun sebesar zarah”. Uraian lebih luas dapat ditemukan pada perbahasan tentang hadis Syafa’ah yang disampaikan oleh imam Bukhari dalam kitab Ar-Riqaaq.

                             
    الْحَيَاء نَهَرِ فِي      ke sungai Hayaa’)
Demikianlah dalamriwayat ini ditulis dengan mad (menggunakan hamzah), sedangkan dalam riwayat Karimah dan riwayat-riwayat lain nya ditulis dengan tidak menggunakan  hamzah. Pendapat ini didukung oleh Al Khaththabi dan inilah yang sesuai dengan maksud dari hadis tersebut. Sebab maksud nya adalah segala sesuatu yang dapat menyebabkan hidup. Kata ”haya” bererti hujan yang dapat menumbuhkan tanaman. Oleh kerana itu, kata tersebut lebih tepat untuk menunjukan erti ”kehidupan” daripada kata haya’ yang bererti memalukan.



حِبَّة      (benih)
Abu Hanifah Ad-Dainuri berpendapat bahawa kata حِبَّة dengan kasrah merupakan bentuk jamak dari kata حبَّة  yang bererti benih tumbuh-tumbuhan. Sedangkan Abu Al Ma’ali dalam kitab nya Al Muntaha berpendapat bahawa ”hibbah” adalah benih tumbuh-tumbuhan padang pasir yang bukan merupakan makanan pokok.                              

Yang dimaksudkan dengan Wuhaib adalah Ibnu Khalid. Sedangkan Amru adalah Ibnu Yahya Al Mazini yang disebutkan diatas.



الْحِبَّةُ       (sungai kehidupan)

Riwayat Wuhaib ini sama dengan riwayat Malik dari Amru bin Yahya dengan sanad nya. Akan tetapi ia menyebut lafaz, ”Dalam sungai hayah”, dengan yakin tanpa keraguan.

Imam Muslim meriwayatkan hadis ini dari Malik dengan ragu, tetapi hal ini dijelaskan oleh riwayat Wuhaib tersebut.



    وَقَالَ خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ    (Wuhaib berkata, ”kebaikan sebesar biji sawi)                                      
Kalimah ini berdasarkan riwayat Wuhaib, خَيْرٍ مِن خَرْدلٍ مِن حَبَّةٍ مِثْقالُ   ”. Hal tersebut menunjukan bahawa dia berbeza pendapat dengan Malik dalam lafaz ini. Imam Bukhari memaparkan hadis Wuhaib ini dalam kitab Ar-Rqaaq dari Musa bin Ismail dari Wuhaib dengan teks yang lebih lengkap daripada yang diriwayatkan oleh Malik, tapi lafaznya adalah,   إيَمانٍ مِن خَرْدَل مِن  seperti yang di perjelaskan oleh Imam Bukhari dan jelas lah bahawa teks yang dimaksudkan tersebut bukan milik musa. Imam muslim juga meriwayatkan dari abu bakar, hanya saja dia tidak menyebut lafaz nya. Kesesuaian antara hadis denga tajuk telah nampak dengan jelas nya. Pemaparan nya disini dimaksudkan sebagai bantahan terhadap kelompok murji’ah, kerana di dalam nya disebutkan bahawa kemaksiatan bagi keimanan yang ada dalam diri manusia. Disamping itu juga merupakan bantahan terhadap mu’tazilah yang berpendapat bahawa orang yang berbuat maksiat akan kekal dalam neraka.




23 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ صَالِحٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ رَأَيْتُ النَّاسَ يُعْرَضُونَ عَلَيَّ وَعَلَيْهِمْ قُمُصٌ مِنْهَا مَا يَبْلُغُ الثُّدِيَّ وَمِنْهَا مَا دُونَ ذَلِكَ وَعُرِضَ عَلَيَّ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَعَلَيْهِ قَمِيصٌ يَجُرُّهُ قَالُوا فَمَا أَوَّلْتَ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الدِّينَ

23.   ”Dari Abu Said Al Khudri bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Aku bermimpi dalam tidur ku, seakan-akan aku melihat manusia dihadapkan kepada ku. Baju mereka diantara nya ada yang sebatas buah dada dan ada yang kurang dari itu. Dan kulihat pula umar bin khatab memakai baju yang dihelak-helak nya kerana sangat pajang. Kemudian para sahabat bertanya, ”Apakan takwil mimpi itu?”. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjawap, ”Agama”.  


Keterangan Hadis :                               
  
  بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ رَأَيْتُ النَّاسَ    (Aku bermimpi dalam tidurku seakan-akan aku melihat manusia).
Kata بَيْنَا  berasal dari kata  بَيْنَ  yang ditambah alif. Dalam hadis ini kata بَيْنَا  tidak digabungkan dengan kata إذا atau إذ . Penggunaan semacam ini sering digunakan oleh al Asmu’i, meskipun sebahagian besar ulama tidak menyetujui nya. Akan tetapi, hadis ini dapat memperkuatkan pengunaan seperti itu.


الثُّدِيَّ    (buah dada), merupakan bentuk jamak dari kata ثَدْي . Menurut sebahagian ahli bahasa, kata tersebut adalah merupakan bentuk مذكر (maskulin, lelaki), dan ada yang berpendapat bahawa kata tersebut adalah مونش (feminine). Akan tetapi berdasarkan riwayat yang mashur, kata itu digunakan untuk menunjukan erti ’payudara’ baik milik lelaki maupun perempuan. Ada juga yang berpendapat bahawa kata tersebut hanya digunakan untuk menunjukan payu dara pperempuan. Pendapat ini dibantah oleh hadis tersebut. Akan tetapi, orang yang mendukung pendapat ini menyatakan bahawa penggunaan kata tersebut untuk menunjukan payudara lelaki adalah termasuk majaz (kiasan).

Wallahu a’lam.




Benci Untuk Kembali Kepada Kekufuran seperti Benci Untuk Dimasukkan ke dalam Neraka adalah Sebahagian Dari Iman

Terjemahan
Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari

Kitab Iman




21 - حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ

21.       ”Dari Anas bin Malik radhiyallahu ’anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda, ”Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan kertiga-tiga nya akan mendapat kelazatan iman; 1-Orang yang cintanya kepada Allah dan rasulNya melebihi kecintaan nya kepada selain kedua nya. 2-Orang yang mencintai orang lain kerana Allah semata. 3-Orang yang benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah membebaskan nya dari belenggu kekafiran tersebut dengan kebencian yang sama seperti bencinya dia dilemparkan ke dalam neraka”.


Hadis ini telah dibahaskan sebelum ini, sedangkan hubungan antara judul bab dengan hadis ini sangatlah jelas. Seluruh rangkaian sanadnya adalah orang-orang Basrah. Dalam bab ini –seperti biasanya- Imam Bukhari memberikan judul bab dengan matan dari hadis lain dengan sanad yang berbeza.



Aku Adalah Orang Yang Paling Mengetahui tentang Allah

Terjemahan
Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari

Kitab Iman


Bab 13.   Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,”Aku Adalah Orang Yang Paling Mengetahui tentang Allah”. Makrifat adalah Perbuatan Hati Berdasarkan Firman Allah,
 

وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ

”Tetapi Allah menghukumkamu disebabkan oleh sumpahanmu yang disengajakan untuk bersumpah oleh hati mu”. (Al Baqarah 2 : 225)


20 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدَةُ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَمَرَهُمْ أَمَرَهُمْ مِنْ الْأَعْمَالِ بِمَا يُطِيقُونَ قَالُوا إِنَّا لَسْنَا كَهَيْئَتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ قَدْ غَفَرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَيَغْضَبُ حَتَّى يُعْرَفَ الْغَضَبُ فِي وَجْهِهِ ثُمَّ يَقُولُ إِنَّ أَتْقَاكُمْ وَأَعْلَمَكُمْ بِاللَّهِ أَنَا


20.    Dari Aisyah radiallahu ‘anha bahawa dia berkata, ”Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyuruh para sahabat nya, maka baginda akan menyuruh nya untuk mengerjakan amalan-amalan yang sanggup mereka kerjakan. Akan tetapi kemudian mereka berkata, ” Ya Rasulullah, kami ini tidak seperti mu, Allah Subhanahu wa Ta’aala telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang”. Maka, mendengar ucapan mereka itu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam marah sehingga terlihat tanda kemerahan diwajah nya. Baginda pun bersabda, ”Sesungguhnya yang paling takwa dan yang lebih mengetahui tentang Allah diantara kamu sekelian adalah aku”.


Keterangan Hadis :
            Hadis diatas dijadikan dalil, bahawa keimanan yang hanya diungkapkan dengan lisan tidak akan sempurna, kecuali bila disertai dengan keyakinan yang merupakan perbuatan hati. Maksud firman Allah قُلُوبُكُمْ كَسَبَتْ بِمَا   adalah apa yang terpendam didalam hati. Ayat ini, meskipun disebut dalam konteks tentang (sumpah), akan tetapi penggunaan nya sebagai dalil dalam masalah iman diperbolehkan kerana ada kesamaan antara kedua kata tersebut  iaitu bahawa kedua nya (sumpah dan iman0 sama-sama merupakan perbuatan hati. Dalam hal ini Iman Bukhari terpengaruh dengan pendapat Zaid bin Aslam dalam menafsirkan firman Allah,    أَيْمَانِكُمْ  في باِللغو اللُّه  لاَيُواخِذُكُمُ  dengan berkata, ”Hal ini seperti perkataan sesaorang, ”jika aku berbuat seperti ini maka aku akan kafir”. Akan tetapi Allah tidak akan memberikan hukuman atas perkataan nya itu kecuali jika telah diyakini oleh hati nya”. Dari sini, maka jelas lah hubungan antara ayat dengan hadis tersebut. Hal ini mengandungi bantahan kepada kelompok Karramiyah yang berpendapat bahawa iman hanya lah ucapan sahaja, dan juga merupakan dalil bahawa iman dapat bertambah dan berkurang, kerana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ” Aku yang paling mengetahui Allah”, menunjukan bahawa pengetahuan manusia tentang Allah bertingkat-tingkat, dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berada pada tingkat yang paling atas. Pengetahuan tentang Allah mencakupi pengetahuan tentang sifat da hal-hal yang berkaitan dengan Nya. Ini lah yang dinamakan dengan iman yang sebenar nya.



Pelajaran yang dapat diambil :
            Imam Al Haramain berkata, ”Para ulama sepakat bahawa mengetahui Allah adalah merupakan suatu kewajipan. Akan tetapi mereka berbeza pendapat apakah ini kewajipan yang utama?. Ada yang berpendapat bahawa kewajipan yang pertama adalah makrifah (mengetahui), tetapi pendapat lain menyatakan, bahawa kewajipan yang pertama adalah mencari atau melihat”.

            Al Muqtarikh berkata, ”Telah disepakati bahawa kewajipan yang pertama menurut maksud nya adalah makrifah dan kewajipan pertama kali yang harus dilakukan dari maksud tersebut adalah mencari”.

            Dalam menukil ijma’ ulama, banyak yang harus diperhatikan. Kerana dalam masalah ini ada banyak perbezaan pendapat, sehingga ada golongan yang berpendapat yang bertolak belakang dalam masalah ijma’. Mereka berhujah dengan diterap kan prinsip tersebut pada generasi pertama Islam ketika menerima orang yang ingin masuk islam tanpa harus diuji, dan riwayat yang menjelaskan masalah ini banyak sekali. Jawapan kelompok pertama, bahawa golongan kafir mempertahan kan dan berperang demi agamanya. Maka mundurnya mereka dari agama nya menunjukan bahawa mereka telah mengetahui kebenaran. Oleh kerana itu maka firman Allah,;                                     
عَلَيْهَا النَاس فَطَرَ التي الله فِطرِةَ حَنِيْفا للدينِ وَجهكَ فأَقِمْ  serta hadis, ”Semua bayi dilahirkan dalamkeadaan fitrah”, secara tak lansung mendorong masalah ini keluar dari asalnya. Keterangan lebin lanjut insya Allah akan ditemukan dalam kitab Tauhid.

Telah dinukil dari Al Qudwah Abu Muhammad bin Abi Hamzah dari Abu Walid Al Baaji dari Abu Ja’far As-Sam’ani –yang merupakan salah seorang penyair besar- bahawa dia mendengar Abu Walid Al Baaji berkata, ” Masalah ini adalah salah satu maslah Mu’tazilah yang tersisa dalam mahzab (Ahlu Sunnah)”. An-Nawawi berkata, ”Dalam ayat tersebut terdapat bukti bahawa perbuatan hati dihitung jika benar-benar ada dalam hati. Adapun sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ”Allah mengampuni apa yang ada dalam jiwa umatku selama tidak dikatakan atau dilakukan”, mengandungi pengertian jika perbuatan atau niat tersebut belum tertanam dalam hati. Menurut saya, pendapat tersebut dapat didasarkan pada keumuman sabda nya,  أَوْتَّعْمَل  (atau tidak dikerjakan), kerana keyakinan adalah perbuatan hati. Untuk lebih lengkapnya, masalah ini dapat ditemukan dalam kitab Ar-Riqaaq.


إِذَا أَمَرَهُمْ أَمَرَهُمْ   (Apabila Rasulullah menyuruh para sahabatnya maka baginda akan menyuruhnya ...), demikian lah lafaz yang terdapat dalam banyak riwayat. Akan tetapi, ada beberapa riwayat yang menyebutkan lafaz أَمَرَهُمْ  sekali saja sebagaimana dijelaskan oleh Al Qadhi Abu Bakar bin Al Arabi tentang sebuah riwayat dari jalur Ubadah, dan dari jalur Ibnu Numair dan yang lain nya dari Hisyam yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, dan juga riwayat yang disebutkan oleg Al Ismaili dari Abu Usmah dari Hisyam,   بالشيءِ النَاسَ أمرَ إذَا كَانَ  (jika baginda memerintahkan manusia untuk melakukan sesuatu)”.

Mereka menyatakan, bahawa maksud hadis tersebut adalah jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan kepada para sahabat, maka baginda akan memerintahkan sesuatu yang mudah, kerana baginda khuatir mereka tidak akan mampu melakukan secara terus menerus. Akan tetapi, para sahabat meminta kewajipan yang lebih berat, kerana mereka beranggapan bahawa berlebihan dalam beramal dapat meningkatkan darjat mereka. Oleh kerana itu, mereka berkata, ”kami ini tidak seperti mu”. Perkataan ini menyebabkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam marah, kerana ketinggian derajat sesaorang tidak hanya diperolehi dengan ibadah sahaja, akan tetapi dapat diperolehi juga dengan menambah rasa syukur kepada Yang Memberi Nikmat sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, ”Bukahkah aku seorang hamba yang bersyukur?”.

Adapun maksud Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan kepada mereka untuk mengerjakan sesuatu yang mudah adalah agar mereka dapat melaksanakan nya secara terus menerus sebagaimana disebutkan dalam hadis lain, ”Amalan yang paling dicintai Allah adalah yang dilakukan secara terus menerus”.

Dengan penggunaan kata أَمَرَهُمْ  dalam riwayat ini, maka maksud hadis tersebut adalah jika baginda memerintahkan sesuatu kepada mereka maka baginda akan memerintahkan sesuatu yang dapat dilakukan oleh mereka secara terus menerus. Dengan demikian kata أَمَرَهُمْ  yang kedua berfungsi sebagai jawap syarth.


كَهَيْئَتِكَ  (seperti mu), maksudnya bahawa derajat kami tidaklah sama dengan derajat mu wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Penggunaan kata hai’ah hanya sebagai penguat sahaja. Ada beberapa pelajaran penting yang dapat di senaraikan dari hadis ini iaitu ;
1.                   Perbuatan soleh dapat meningkatkan derajat sesaorang yang melakukan nya dan menghapuskan dosa-dosa nya. Hal ini disebabkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam todak mengingkari pendapat dan hujah para sahabat tersebut dari segi ini.
2.                Seorang hamba yang telah mencapai puncak ibadah dan dapat menikmatinya, maka ia akan terus melaksanakan dengan maksud untuk menjaga nikmat tersebut dan menambah rasa syukur kepada Allah.
3.                Dianjurkan untuk melaksanakan hukum azimah (hukum asal) atau pun rukhshah (keringanan) sebagaimana mestinya sesuai dengan ketentuan syariat (Allah0, dan berkeyakinan bahawa melaksanakan sesuatu yang lebih ringan tetapi sesuai dengan syariat adalah lebih baik daripada melakukan sesuatu yang lebih berat tetapi bertentangan dengan syariat.
4.                Ibadah yang paling utama adalah yang dilakukan secara sederhana akan tetapi dilakukan secara terus menerus, bukan ibadah yang berlebih-lebihan sehingga dapat menyebabkan rasa bosan dan ingin meninggalkan nya.
5.                 Hadis ini menunjukan betapa besar nya semangat para sahabat dalam beribadah dan keinginan mereka untuk menambah kebaikan.
6.                Marah dibolehkan bagi sesaorang jika ia melihat sesuatu yang bertentangan dengan syariat agama, dan dianjurkan untuk mengingat kan orang yang pintar jika ia lupa atau tidak dapat memahami sesuatu dengan maksud untuk menyedarkan nya.
7.                 Sesaorang dibolehkan untuk membicarakan tentang kelebihan dirinya sesuai dengan keperluan, dengan syarat tidak berniat untuk membesar-besarkan dirinya.
8.                Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang mencapai tingkat kesempurnaan kerana dalam dirinya terdapat dua hal sekali gus ia itu ilmu dan amal. Baginda telah mengisyaratkan tentang hal pertama (ilmu) dengan sabdanya, ”Aku yang lebih mengetahui”, dan tentang hal yang kedua dalam sabda nya, ”yang paling takwa”. Dalam riwayat Abu Nu’aim lafaz nya adalah,    لأنَا بِاللَّهِ وَأَعْلَمَكمْ  dengan penambahan huruf  ل  (lam) sebagai ta’kiid (penguat). Sedangkan dalam riwayat Abu Usamah dari Al Ismaili lafas nya adalah, ;                                                                        
   أنا وأتقكم أبَرَّكم إنَّ واللَّهِ  (Demi Allah, Sesungguhnya orang yang paling baik dan bertakwa diantara kamu adalah aku). Hadis ini termasuk hadis yang hanya diriwayatkan oleh Bukhari dan termasuk dalam hadis gharib yang sahih.                            
                               







Menghindarkan dari Fitnah Merupakan Sebahagian dari Agama

Terjemahan
Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari

Kitab Iman



Bab12.   Menghindarkan dari Fitnah Merupakan Sebahagian dari Agama
                                                                                                               
19 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ الْمُسْلِمِ غَنَمٌ يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنْ الْفِتَنِ

 19.   Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Akan datang suatu masa dimana sebaik-baik nya harta orang muslim adalah kambing (biri-biri). Digembalakan di puncak-puncak bukit dan di tempat-tempat air huja berkumpul (lembah-lembah). Dia menghindarkan agamanya dari bencana”.                        

Keterangan Hadis :

   يُوشِكُ    (akan datang) dalam waktu dekat.

   شَعَفَ     (puncak bukit) atau puncak gunung.

وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ       (tempat-tempat air hujan berkumpul)

    يَفِرُّ بِدِينِهِ           (menghindarkan agamanya)                         
                                                 
Imam Nawawi berkata, ”Menjadikan hadis ini sebagai dalil penyataan yang terdapat dalam judul bab akan menimbulkan kritikan, kerana lafaz tersebut sama sekali tidak menunjukan bahawa menghindari fitnah adalah termasuk sebahagian dari agama, akan tetapi maksud dari hadis tersebut adalah menjaga agama’. Kemudian Imam Nawawi melanjutkan perkataan nya, ”Ketika Imam Bukhari melihat bahawa menghindari dari fitnah merupakan usaha untuk menjaga agama, maka beliau menyebutkan nya dengan agama”. Ada sebahagian ulama’ yang berkata, ”Jika huruf مِنْ  min (dari) dalam hadis tersebut menunjukan erti tab’idhiyyah (bagian), maka kritikan itu dapat diterima. Akan tetapi, huruf  مِنْ  tersebut adalah hanya sebagai ’ibtidaiyyah (permulaan kalimah) –sehingga maksudnya, menghindari fitnah adalah bersumber dari agama-, maka kritikan itu tidak dapat diterima. ”Hadis ini juga disebutkan oleh Imam Bukhari dalam perbahasan tentang Al Fitan (fitnah dan cubaan) dimana sebenarnya hadis tersebut lebih elok untuk dibahaskan disana, dan perbahasan tersebut –Insya Allah- akan disampaikan kemudian.





Rabu, Januari 06, 2010

Berbaitlah (berjanji) kamu semua kepada ku

Terjemahan



Fathul Bari

Ibnu Hajar Al Asqalani

Syarah Kitab Shahih Al Bukhari


Kitab Iman




11. BAB



Hadis 18 : Berbaitlah (berjanji) kamu semua kepada ku

18 -
 حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو إِدْرِيسَ عَائِذُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُوَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا وَهُوَ أَحَدُ النُّقَبَاءِ لَيْلَةَ الْعَقَبَةِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لَا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا تَسْرِقُوا وَلَا تَزْنُوا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ وَلَا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ وَلَا تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِك
”Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ’anhu – salah seorang yang mengikut perang Badar dansalah seorang utusan dalam pertemuan ’Aqabah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sedang dikelilingi oleh para sahabatnya dan baginda bersabda, ”Berbaitlah (berjanji) kamu semua kepada ku untuk;

1. tidak mempersukutukan Allah dengan suatu apa pun.

2. Tidak mencuri,

3. Tidak berzina,

4. Tidak membunuh anak-anak mu,

5. Tidak membuat fitnah diantara kalian,

6. Tidak durhaka terhadap perintah kebaikan.

Barangsiapa yang menepati perjanjian itu maka ia akan diberi pahala oleh Allah dan barangsiapa yang melanggar salah satu dari perjanjian itu, maka dia akan dihukum didunia ini. Hukuman itu menjadi kaffarah (tebusan) baginya, dan barangsiapa yang melanggar salah satunya kemudian ditutup oleh Allah, maka perkaranya terserah kepada Allah. Jika berkehendak untuk mengampuninya, maka akan diampuni dan jika Dia berkehendak untuk menghukumnya, maka Dia akan menghukumnya”.

Keterangan Hadis :

Dalam riwayat ini dituliskan kata ”bab” tanpa disertai nama judulnya, sedangkan dalam riwayat Al Ushaili tidak ditulis sama sekali baik ”Bab” tersebut maupun judulnya kerana – menurutnya – hadis ini termasuk dalam bab sebelumnya. Demikian pula dalam riwayat kita, hadis tersebut berkaitan dengan bab sebelumnya, kerana kata ”Bab” jika tidak disertai dengan judulnya, maka menunjukan bahawa hadis yang terdapat didalamnya termasuk dalam perbahasan bab sebelumnya, dan kaedah ini banyak dipakai oleh pengarang kitab fiqh.



Adapun hubungan hadis ini dengan hadis sebelumnya, bahawa dalam hadis yang lalu telah disebutkan kata ”Al-Anshar”’ sedangkan dalam hadis ini dijelaskan tentang sebab penamaan mereka (suku Aus dan Khazraj) dengan nama ”Al-Anshar”. Hal itu berkaitan erat dengan malam ’Aqabah dimana mereka mengadakan kesepakatan bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam di Aqabah yang berada di Mina pada saat musim haji sebagaimana yang akan dijelaskan pada bab sirah nabawiyah (sejarah nabi). Imam Bukhari juga menyebutkan hadis ini dalam bab lain ia itu bab ”man syahida badran” (bab orang yang mengikut perang Badar) kerana dalam hadis tersebut disebutkan, ”salah seorang yang mengikut perang Badar”, dan juga dalam bab ”wufud al-anshar” (para utusan kaum anshar), kerana dalam hadis tersebut disebutkan, ”dan salah seorang utusan dalam pertemuan Aqabah”. Sedangkan dalam bab ini, Imam Bukhari menyebutkannya kerana berkaitan dengan hadis sebelumnya seperti yang telah kami jelaskan diatas.



Kemudian dari segi matannya, hadis ini berhubungan dengan perbahasan tentang iman dari dua segi, Pertama adalah bahawa menghindari larangan termasuk sebahagian dari iman, seperti hal nya melaksanakan perintah. Kedua adalah bahawa hadis tersebut membantah pendapat yang menyatakan bahawa orang yang melakukan dosa besar adalah termasuk orang kafir dan akan kekal didalam neraka sebagaimana akan dijelaskan kemudian.



وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا (salah seorang yang mengikut perang Badar), ia itu perang yang terjadi disuatu tempat bernama ”Badar”. Perang ini adalah perang yang pertama kali dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam melawan kaum musyrikin, sebagaimana yang akan kita jelaskan dalam bab ”Al Maghazi” (peperangan).

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam)
Kata قَالَ yang ada sebelumnya merupakan khabar (prediket) dari kata أَنَّ yang dihapuskan dalam riwayat asal nya, kerana lafaz كَانَ dan yang sebelumnya bertentangan. Memang biasanya para pakar hadis dengan sengaja menghilangkan kata قَالَ akan tetapi jika kata tersebut berulang seperti ”qaala, qaala Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam”, maka mereka harus menyebutkan kata tersebut. Hadis ini juga dapat ditemukan dalam bab ”man syahida badran” dengan rangkaian sanad yang sama, oleh keritu agaknya penghapusan nya disini akan berlanjutan, begitu pula dalam riwayat Ahmad dari Abu Yaman dengan rangkaian sanad yang sama bahawa Ubadah yang mengabarkan kepada nya.



عِصَابَةٌ bererti kelompok yang berjumlah antara 10 hingga 40 orang.



بَايِعُونِي (berbaitlah (berjanji) kamu semua kepada ku). Dalam bab ”wufud anshar” (para utusan kaum anshar) kalimat tersebut ditambah dengan



بَايِعُونِي تَعَالَوا (kemarilah dan berjanjilah kepada ku).
Penggunaan kata مُبَايعة dari kata البَيع (jual beli) yang bererti perjanjian adalah termasuk bentuk majaz ia itu diqiaskan dengan transaksi barang seperti dalam firman Allah ” ”



وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ (tidak membunuh anak-anak mu)

Muhammad bin Al Ismail dan yang lainnya berkata, ”Hadis ini menjelaskan tentang membunuh anak-anak, kerana hal ini mengandungi unsur pembunuhan dan memutuskan silaturrahim. Hal ini bertujuan untuk menekankan larangan tersebut, kerana menanam anak perempuan atau lelaki (hidup-hidup) – kerana tajut lapar – merupakan kebiasaan kaum jahilliyah. Atau boleh dikhususkannya penyebutan kata tersebut dengan tujuan agar mereka menghindari perbuatan tersebut.

وَلَا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ
(tidak membuat fitnah diantara kamu)



وَلَا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ (tidak membuat fitnah diantara kamu)


Kata بِبُهْتَانٍ bererti kebohongan yang dapat menjadikan pendengarnya tersentak. Kata افتِرَاء (bohong) digunakan secara khusus bagi tangan dan kaki, kerana kebanyakan perbuatan dilakukan dengan menggunakan tangan dan kaki yang merupakan alat untuk melakukan secara lansung. Oleh kerana itu perbuatan yang dihasilkan disebut dengan perbuatan tangan. Bahkan ada orang yang dihukum akibat perbuatan mulutnya, tetapi dikatakan kepada nya, ”Ini yang dihasikkan oleh tangan mu”. Kemungkinan maksud larangan untuk berbohong disini adalah jangan berusaha membohongi manusia dan saling bersaksi diantara kamu, seperti berkata, ”Aku berkata seperti ini didepan (dengan saksi) si fulan”.
Ini lah pendapat Al Khaththabi, namun yang harus diperhatikan dalam pendapat tersebut adalah disebutkan nya kata اَرجُل ”arjul” (kaki-kaki). Al Karamani menyatakan bahawa disebutkannya kata kaki adalah sebagai penguat, kerana yang dimaksudkan adalah tangan. Makna nya, dibebutkan kata اَرجُل ”arjul” jika tidak dikehendaki, maka tidak dilarang.
Ada kemungkinan bahawa yang dimaksudkan adalah apa yang ada antara kaki dan tangan iaitu hati, kerana apa yang ada dalam hati adalah diterjemahkan oleh lidah. Oleh kerana itu kata iftira’ (bohong) dinisbatkan kepada lidah, seakan-akan maknanya jangan kamu membohongi sesaorang dan mengata orang tersebut dengan lidah kamu.

Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata, ”Mungkin maksud kalimah بَيْنَ أَيْدِيكُمْ adalah seketika, sedangkan kata أَرْجُلِكُمْ adalah masa yang akan datang, kerana berjalan adalah perbuatan yang dilakukan kaki. Pendapat lain menyatakan, ”Asal nya kata ini digunakan dalam jual beli wanita. Sebagaimana yang disebutkan oleh Al Harawi dalam kitab Al Gharbiyiim, bahawa yang dijuluki dengan kata tersebut adalah wanita yang melahirkan anak dari hasil zina, lalu menisbatkan anak tersebut kepada suaminya. Ketika kata ini dipergunakan untuk jual beli lelaki, maka kata tersebut diperluaskan kepada selain makna pertama.


وَلَا تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ
Tidak durhaka terhadap perintah kebaikan


وَلَا تَعْصُوا (tidak durhaka) dalam riwayat Al Ismaili disebutkan وَلاتُصُونِي (jangan menderhakai ku) dan kalimat tersebut sesuai dengan ayat diatas, sedang kata المَعْرُوف maksudnya adalah kebaikan yang berasal dari Allah, baik berupa perintah maupun larangan.

فِي مَعْرُوفٍ (terhadap perintah kebaikan)

An-Nawawi berkata, ”Kemungkinan maksudnya adalah jangan kamu menentang ku atau salah seorang pemimpin kamu dalam hal kebaikan”. Maka kata مَعْرُوفٍ terikat dengan sesuatu setelah nya. Ada yang berpendapat dengan kalimah tersebut Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengingatkan, bahawa ketaatan kepada makhluk diwajibkan sebatas kebaikan, bukan dalam perkara berbuat maksiat kepada Allah. Pendapat semacam ini sesuai dengan perintah untuk meninggalkan kemaksiatan kepada Allah.

فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ     (Barang siapa yang menepati), maksudnya berpegang teguh pada isi perjanjian.
فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ (maka ia akan diberi pahala oleh Allah)
Kalimah tersebut diucapkan untuk menunjukan penghormatan, kerana ketika penyebutan ”sumpah” berkesan kepada keharusan adanya tajuk tersebut sangat sesuai.
Adapun balasan tersebut, desebutkan dengan menggunakan kata ”surga” dalam riwayat Ash-Shanabahi dari Ubadah yeng terdapat dalam kitab shahih Bukhari Muslim. Kemudian penggunaan kala ” عَلَى ” (ala) adalah untuk menunjukan erti ”penekanan” bahawa hal tersebut benar-benar akan wujud. Akan tetapi berdasarkan dalil-dalil yang ada Allah tidak wajib melakukan sesuatu apapun, maka kata tersebut tidak dapat ditafsirkan secara zahirnya sahaja. Hal ini akan dijelaskan dalam hadis Muadz yang menjelaskan tentang hak Allah atas hamba Nya.
Jika ada pertanyaan, ”Mengapa hadis ini hanya menyebutkan tentang larangan sahaja dan tidak menyebutkan perintah?”. Maka jawapnya, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak mengabaikan perintah-perintah tersebut, akan tetapi baginda menyebutkan secara menyeluruh dalam sabdanya, وَلاَتَعْصوا (tidak durhaka) kerana maksud derhaka, adalah tidak melaksanakan perintah. Adapun kalimah disebutkan larangan yang tidak disertai perintah adalah kerana meninggalkan larangan lebig mudah daripada melaksanakan perintah. Adapun hikmah disebutkan larangan yang tidak disertai perintah adalah kerana meninggalkan larangan lebih mudah daripada melakukan suatu perbuatan, atau kerana menghindari kerusakan lebih utama daripada mencari kemaslahatan, atau juga meninggalkan kejelekan lebih dianjurkan sebelum melakukan kebaikan.

فَعُوقِبَ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا (barangsiapa yang melanggar salah satu dari perjanjian itu maka ia akan dihukum), Imam Ahmad menambahkan dalam riwayatnya dengan lafaz به sehingga menjadi فَعُوقِبَ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا

كَفَّارَةٌ (menjadi tebusan)

Imam Ahmad menambah dengan kata له (lahu = baginya). Imam Bukhari dalam bab ”masyi’ah” (kehendak) juga menambahkan kata له dan kata وَطحهُوْرٌ (pembersih dari dosa0. an-Nawawi berkata, ”Hadis ini dikhususkan dengan firman Allah, ”Sesungguhnya Allah tidak mengampuni orang yang menyekutukan Nya”. Oleh kerana itu, orang murtad yang dibunuh dalam keadaan murtad, maka pembunuhan itu bukan merupakan kafarat bagi nya. Menurut saya pendapat ini disebabkan oleh kalimah مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا (salah satu dari perjanjian itu) jelas mencakupi seluruh yang disebutkan.



Ada yang berpendapat bahawa yang disebutkan adalah selain perbuatan syirik, kerana hadis tersebut ditujukan kepada kaum muslimin. Dengan demikian syirik tidak perlu disebut didalam nya. Hal ini diperkuat dengan hadis yang diriwayatkan oleh muslim dari jalur Abu Asy’asy dari ubadah, ’ dan barangsiapa yang melakukan perbuatan yang mengharuskan ia dihukum dengan hukuman had”, kerana hukuman yang dijatuhkan kepada orang yang berbuat syirik tidak dinamakan had. Akan tetapi pendapat tersebut dapat dibantah kerana huruf fa’ dalam kalimah فَمَنْ (fa man) berfungsi untuk menunjukan erti ”kemudian”, di samping itu tidak menutup kemungkinan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang kaum muslimin agar tidak berbuat syirik. Sedangkan istilah had hanyalah merupakan istilah baru. Maka pendapat yang benar adalah pendapat Imam nawawi.



Ath-Thibi menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan syirik adalah syirik kecil, iaitu riak. Hal ini diperkuatkan dengan disebutkan nya kata شَيْئًا (syai ’an = sesuatu) dalam bentuk nakirah (indefinite), sehingga maksudnya adalah syirik dalam bentuk apapun. Pendapat ini dibantah kerana Allah jika menyebut kata ”syirik”, maka maksudnya adalah lawan dari tauhid (mengesakan Allah), sebagaimana disebutkan dalam banyak ayat maupun hadis denganmaksud seperti itu.



Al Qadhi Iyadh berkata, ”Sebahagian besar ulama’ berpendapat bahawa hudud (hukuman-hukuman) adalah sebagai kafarah (tebusan dosa), dan mereka mengambil kesimpulan dari hadis ini. Akan tetapi, ada sebahagian ulama’ tidak menyatakan nya secara pasti bahawa hudud adalah sebagai kafarah. Hal ini didasarkan pada hadis Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Saya tidak mengetahui apakah hudud adalah sebagai kafarah bagi penderitaannya atau tidak”. Dalam hal ini, hadis Ubadah itu memiliki sanad yang lebih kuat dari hadis Abu Hurairah. Kedus hadis tersebut juga dapat disatukan sehingga tidak terjadi percanggahan, iaitu bahawa hadis Abu Hurairah disampaikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sebelum Allah memberitahukan tentang hal tersebut, dan kemudian setelah itu Allah mengajarinya.



Saya berpendapat bahawa, hadis Abu Hurairah diriwayatkan oleh Hakim dalam kitabnya Al Mustadrak dan Al Bazzar dari riwayat Ma’mar dari Ibnu Ubai Za’bi dari Sa’id Al Maqrabi dari Abu Hurairah, dan hadis tersebut dinyatakan sahih ’ala syarti syaikhani. Kemudian Ahmad telah meriwayatkan hadis ini dari Abd Razak seorang diri yang menyampaikan hadis tersebut. Hisyam bin Yusuf meriwayatkan nya dari Ma’mar yang kemudian memursalkan nya.



Saya berpendapat hadis tersebut telah dimaushulkan dari Adam bin Abi Iyas dari Abi Dzi’bi yang juga diriwayatkan oleh Hakim, sehingga riwayat Ma’mar menjadi kuat. Jika hadis tersebut sahih, maka penggabunga yang dilakukan oleh Qadhi Iyadh baik sekali. Akan tetapi Qadhi Iyadh dan para pengikutnya berpendapat bahawa, hadis Ubadah ini disampaikan di Mekkah pada malam Aqabah ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sedang menerima bait yang pertama di mina, sedangkan Abu Hurairah memeluk Islam setelah 7 tahun dari peristiwa tersebut pada tahun khaibar, lalu bagaimana mungkin hadis nya lebih dahulu daripada keislaman nya?”.



Dalam menjawap pertanyaan itu ada yang berpendapat, ”Kemungkinan Abu Hurairah tidak mendengar hadis tersebut dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, akan tetapi dari sahabat lain nya yang mendengar dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dan setelah itu Abu Hurairah tidak pernah mendengar dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa hudud memiliki kafarah (denda) seperti yang didengar oleh Ubadah, hanya saja pendapat ini terdapat kekeliruan.



Saya berpendapat, yang benar adalah hadis Abu Hurairah disampaikan lebih dulu dari hadis Ubadah. Pembaiatan yang disebutkan dalam hadis Ubadah tidak terjadi pada malam Aqabah, dan sesungguhnya teks yang menyatakan bahawa hal tersebut terjadi pada malam Aqabah adalah riwayat Abu Ishaq, yakni bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata kepada kaum Anshar yang hadir, ”Aku baiat kamu dengan syarat melindungiku sebagaimana kamu melindungi isteri dan anak kamu”. Mereka pun membaiat baginda dengan syarat tersebut dan agar Rasul dan para sahabatnya pindah kenegeri mereka. Kita akan menemui kembali hadis ubadah dalam kitab fitan dan yang lainnya – beliau berkata, ”Kami pun membaiat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam untuk mendengarkan dan taat dalam kesulitan, kemudahan, kerelaan dan paksaan ...”



Lebih jelas lagi maksud hadis diatas adalah apa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani dari Ubadah, bahawa ketika pertemuan antara dia dan Abu hurairah dihadapan muawiyah di syam, dia berkata, ”Wahai Abu Hurairah, engkau belum bersama kami ketika kami membaiat Rasulullah untuk mendengar dan patuh dalam pekerjaan dan kemalasan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berkata jujur dan tidak takut kepada celaan dijalan Allah, mendukung Rasulullah jika musuh-musuh mandatangi kami serta melindungi baginda sebaimana kami melindungi jiwa, isyeri dan anak kami, dan bagi kami syurga. Inilah baiat yang kami lakukan dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam”, kemudian dia menyebutkan sisa hadis tersebut. Ath Thabrani memiliki jalur lain deng lafaz yang mirip dengan riwayat diatas. Dengan demikian jelaslah bahawa inilah hal-hal yang terjadi pada baiat pertama kemudian muncul lah baiat-baiat lainnya yang akan kita kemukanakan Insya Allah, pada kitab ”Ahkam”, termasuk didalam nya hadis tentang baiat ini.



Yang menguatkan bahawa pembajatan tersebut berlaku setelah fathu Makkah (pemaklukan kota Makkah) adalah turun nya ayat dalam surah Mumtahanah iaitu firman Allah, ”Hai Nabi, apabila datang kepada mu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia”. Telah disepakati bahawa ayat ini ditirunkan setelah ayat perjanjian Hudaibiyah. Adapun yang mendasarinya adalah riwayat Imam Bukhari dalam masalah ”Al Hudud” dari jalur Sufyan bin Uyainah dari Zuhri dalam hadis Ubadah, bahawa ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam membaiat mereka, beliau membacakan ayat tersebut secara lengkap. Kemudian Imam Bukhari dalam tafsir Al Mumtahanah menyebutkan riwayat dari jalur yang sama bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam membaca ayat surah An-Nisaa’.



Menurut riwayat Muslim dari jalur Al Harits bin Fudhail dari Az Zuhri disebutkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Apakah kalian tidak ingin membaiat ku dengan apa yang dilakukan oleh para wanita iaitu tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun”. Dan dalam riwayat Thabrani dari jalur lain dari Az Zuhri dengan sanad yang sama, ”Kemudian kami pun membaiat Rasulullah sebagaimana yang dilakukan oleh para perempuan pada hari fathuk Makkah”.



Imam Muslim meriwayatkan dari jalur Abu Asy’asy dari Ubadah dalam hadis ini, ”Rasulullah mengambil (janji) dari kami apa yang diambilnya dari para perempuan”. Semua ini merupakan dalil yang jelas bahawa baiat tersebut terjadi setelah turun nya ayat diatas, bahkan setelah ditaluki nya kota Makkah, dan semua ini terjadi tidak lama selepas keislaman Abu Hurairah. Pnedapat ini diperkuatkan dengan apa yangdiriwayatkan oleh Ibnu Khaitsamah dalam kitab sejarahnya dari ayahnya dari Muhammad bin Abdurrahman At Thafawi dari Ayub dari Anru bin Syuaib dari ayahnya dari abang nya yang berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Aku baiat kamu untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun”. Kemudian dia menyebutkan hadis yang mirip dengan hadis Ubadah dan orang-orang dalam sanad nya termasuk golongan yang tsiqat.



Ishaq bin Rawahah berkata, ”jika sahih rangkaian sanad kepada Amru bin Syuib, maka sanad tersebut seperti Ayub bin Nafi’ dari Ibnu Umar. Jika Abdullah bin Amru salah seorang yang menghadiri baiat ini sedangkan dia bukan termasuk golongan Anshar bahkan keislaman nya tidak lama setelah keislaman Abu Hurairah, maka jelas lah perbezaan antara kedua baiat ini, baiat kaum Anshar pada malam Aqabah yang terjadi sebelum hijrah dan baiat lain yang terjadi setelah fathul Makkah yang disaksikan oleh Abdullah bin Amru yang keislaman nya setelah hijrah.



Yang mirip dengan riwayat tersebut adalah hadis Jarir yang diriwayatkan oleh Thabrani, dia berkata, ’kami membaiat Rasulullah seperti para perempuan membaiat nya”, kemudian dia menyebutkan hadis tersebut.



Keislaman Jarir telah disepakati terjadi setelah keislaman Abu Hurairah. Kerancuan yang terjadi berasal dari penyataan bahawa Ubadah bin Shamit menghadiri kedua baiat tersebut. Baiat Aqabah adalah berfungsi untuk dipuji kemudian dia menyebut baiat tersebut – jika benar terjadi – merujuk kepada 2 baiat sebelum nya. Ketika dia menyebutkan baiat ini dengan menyamakan nya dengan baiat para perempuan, timbul lah kesalah fahaman bagi orang yang tidak mengetahui kejadian yang sebenar nya.



Yang sama dengan riwayat tersebut adalah riwayat Ahmad dari jalur Muhammad bin Ishaq, dari Ubadah bin Walid, adari Ubadah bin Shamit, dari ayah dari abang nya – yang merupakan salah seorang utusan – dia berkata, ”Kami mambaiat Rasulullah dengan baiat perang”. Ubadah adalah salah seorang dari 12 orang yang melaksanakan baiat Aqabah pertama iaitu, ”seperti baiat para perempuan itu dan untuk mendengar dan patuh pada saat sulit dan mudah’. (Al Hadis). Hal ini jelas dalam penyatuan dua baiat tersebut. Akan tetapi yang terdapat dalam 2 kitab Sahih (Bukhari dan Muslim) yang akan ditemukan dalam kitab Ahkam, tidak ditemukan penambahan tersebut.



Hadis tersebut berasal dari jalur Yahya bin Sa’id Al Anshari dari Ubadah bin Walid. Fakta nya adalah baiat harb (perang) terjadi setelah baiat Aqabah, kerana peperangan dalam Islam disyariatkan setelah hijrah. Dengan demikian riwayat Ibnu Ishaq dapat ditakwilkan dengan merujuk apa yang disebutkan tadi. Riwayat tersebut mencakupi 3 baiat, iaitu baiat Aqabah, yang telah disebutkan dengan jelas dalam riwayat Ubadah yang diriwayatkan oleh Ahmad yang terjadi sebelum diwajibkan peperangan.



Yang kedua adalah baiat harb yang akan dijumpai dalam kitab Jihad iaitu benjanji untuk tidak akan lari dari peperangan. Yang ketiga baiat nisaa’ (para perempuan) atau yang seperti baiat nisaa’. Yang benar bahawa penjelasan tentang hal tersebut merupakan kesalahan dari beberapa perawi. Wallahu a’lam.



Penjelasan yang terdapat dalam riwayat Ibnu Ishaq dari Ubadah bahawa baiat seperti baiat nisaa’ dapat dibantah, kerana telah disepakati bahawa baiat tersebut terjadi sebelum turun nya ayat (nisaa’). Hal yang semisal juga ditemukan dalam Sahihan dari jalur Ash Shanabahi dari Ubadah yang berkta, ’Aku adalah salah seorang utusan yang membaiat rasulullah’. Kemudian dia berkata, ”Kami baiat Rasulullah untuk tidak menyekutukan Allah dangan suatu apa pun”.



Jelas lah bahawa hadis ini merupakan penggabungan dari dua baiat diatas, hanya saja maksudnya sebagaimana yang saya sebutkan iaitu, ”Aku adalah salah seorang utusan yang membaiat –pada malam Aqabah- untuk melindungi dan menyokong baginda”, serta yang berkaitan dengan perkataan tersebut. Kemudian dia berkata بَايَعْنَاه (kami membaiat nya), maksudnya pada lain waktu. Hal tersebut di isyaratkan oleh penggunaan ”waw athifah” dalam kalimah وَقَالَ بَايَعنَاهُ (dan dia berkata, ”kami baiat baginda ...”).



Hendak nya anda mengembalikan riwayat yang menunjukan bahawa baiat tersebut terjadi pada malam Aqabah kepada takwil ini, kerana kita tidak menemukan ada nya pertantangan antara kedua hadis diatas, iaitu hadis Abu Hurairah dan hadis Ubadah bin shamit. Dengan demikian tidak ada fakta yang menunjukan bahawa hudud memiliki kafarah. Yang patut dikekahui, Ubadah bin shamit bukan satu satu nya yang meriwayatkan makna tersebut, akan tetapi Ali bin Abi Thalib pun meriwayatkan nya dalam riwayat At-Tirmidzi dan disahihkan oleh Hakim, dalam riwayat tersebut terdapat kalimah, ”barangsiapa yang melaksanakan dosa kemudian mendapatkan balasan disunia, maka Allah Maha Mulia dan Pemurah untukmenjatuhkan hukuman tersebut kedua kali nya di akhirat”.



Kemudian dalam riwayat Ath Thabrani dengan rangkaian sanad yang hasan dari hadis Abu Hamimah bin Tsabit dengan sanad hasan, ”Barangsiapa yang membuat dosa dan diberi hukuman (di dunia), maka hukuman tersebut merupakan kafarah baginya”. Kemudian Ath Thabrani dari Ibnu Amru, ”Sesaorang yang diberi balasan atas dosanya bererti ia telah diberi oleh allah kafarah terhadap dosa tersebut”.





فَعُوقِبَ (maka ia akan dihukum)



Ibnu Tin berkata, ”Maksud hukuman disini adalah hukuman potong tangan dalam kes mencuri dan hukum rejam (dilempar batu) dalam kes zina. Sedangkan dalam kes membunuh anak kecil tidak terdapat hukuman yang pasti, akan tetapi dapat di kaitkan dengan membunuh jiwa. Sebagaimana dalam riwayat Shanabahi dari Ubadah yang berkaitan dengan hadis ini, ”Jangan kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan yang haq”, akan tetapi hukuman dalam hadis ”fa ’uuqiba bihi” bersifat umum dan tidak hanya terbatas pada hukuman had atau pun ta’zir”. Ini adalah pendapat Ibnu Tin.



Diriwayatkan dari Al Qadhi Ismail dan yang lain nya bahawa membunuh seorang pembunuh adalah tindakan pencegahan bagi orang lain. Sedangkan di akhirat nanti, tuntutan dari orang yang terbunuh akan tetap ada, kerana ia belummendapat hak nya. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa orang yang terbunuh telah mendapat hak nya, lalu hak apa lagi yang belum dipenuhi?. Kerana orang yang terbunuh secara zalim, dosa nya telah diampuni dengan pembunuhan tersebut. Sebagaimana yang terdapat dari riwayat yang disahihkan oleh Ibnu Hibban dan yang lain nya, ’Sesungguhnya pedang adalah penghapus kesalahan”. Diriwayatkan oleh Thabrani dari Ibnu Mas’ud, dia berkata, ”jika terjadi pembunuhan maka segala (dosanya) terhapus”. Dalam riwayat Al Bazzar dari Aisyah disebutkan secara marfu’, ’sesaorang yang terbunuh, maka akan dihapuskan dosanya”. Jika tidak kerana terbunuh, maka dosanya itu tidak akan terhapus.



Kemudian jika hukuman had diberikan kepada pembunuh hanya untuk tujuan pencegahan sahaja, lalu mengapa pengampunan kepada pembunuh juga di syariatkan?. Apakah termasuk dalam hukuman tersebut musibah dunia, seperti sakit dan lain nya?. Dalam hal ini maseh diperselisihkan. Kerana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ”Barangsiapa yang tertimpa sesuatu daripadanya, kemudian Allah, menghapuskan nya”, maka musibah tidak menghilang kan apa yang ditutup oleh Allah. Akan tetapi dalam banyak hadis disebutkan bahawa musibah dapat menghapuskan dosa, sehingga ada kemungkinan bahawa penghapusan disini berlaku bagi dosa yang tidak memiliki had (hukuman).



Dari hadis tersebut dapat disimpulkan, bahawa perlaksanaan had 9hukuman) dapat menghapuskan dosa walaupun tanpa disertai dengan taubat. Ini adalah pendapat Jumhur (majoriti) ulama’. Namun sebahagian tabi’in mengharuskan adanya taubat, demikian pula pendapat Mu’tazilah yang didukung oleh Ibnu Hazn. Mereka berhujah kepada pengecualian terhadap orang yang bertaubat dalam firman Allah, عَلَيْهِمْ تَقْدِرُوا أَنْ قَبْلِ مِنْ تَابُوا الَّذِينَ إِلا (kecuali orang-orang yang taubat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; (al maidah 5 : 34) ) maka jawapnya, bahawa yang dimaksudkan disini adalah hukuman dunia.





فَهُوَ إِلَى اللَّهِ (maka perkaranya terserah kepada Allah)

Al Muzani berpendapat bahawa kalimah ini mengandungi bantahan kepada kaum khawarij yang mengkafirkan sesaorang kerana telah berbuat dosa dan juga bantahan kepada kaum mu’tazilah yang berpendapat bahawa orang fasik yang tidak bertaubat sebelum meninggal dunia, maka ia akan diseksa. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan bahawa hal itu dibawah kehendak Allah. At Thibi berkata, ”Kalimah tersebut menunjukan larangan untuk menghukum sesaorang masuk neraka atau syurga, kecuali ada nash khusus yang menunjukan hal tersebut”.


إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ (jika Allah berkehendak untuk menyeksa nya maka Dia akan menyeksanya, dan jika berkehendak untuk mengampunkan dosanya maka Dia akan mengampunkan nya)

Menurut satu pendapat, kalimah tersebut mencakupi orang yang bertaubat dan yang tidak. Sedangkan menurut jumhur ulama’ kalimah tersebut tidak mencakupi orang yang bertaubat. Oleh kerana itu, orang yang berbuat kesalahan kepada Allah tidak akan berasa aman, kerana ia tidak dapat mengetahui apakah taubatnya diterima atau tidak.
Ada yang berpendapat bahawa untuk mengetahui hal itu, dibezakan terlebih dulu antara orang yang wajib diberi hukuman had dan yang tidak wajib. Kemudian mereka juga berbeza pendapat tentang orang yang wajib diberi hukuman had, ada yang berpendapat, bahawa ia boleh saja bertaubat secara sembunyi-sembunyi, dan itu sudah cukup baginya. Sedangkan sebahagian orang berpendapat bahawa ia harus mengadap seorang imam dan mengakui kesalahan nya serta minta perlaksanaan had atas dirinya seperti dilakukan oleh Ma’iz dan Al Ghamidiah. Selain itu ada juga sebahagian ulama’ yang memperincikan nya, iaitu jika ia berbuat dosa secara terang-terangan, maka ia harus bertaubat secara terang-terangan pula, begitu pula sebaliknya.


CATATAN:

Dalam riwayat Shanabahi dari Ubadah ditambah lafaz, ”jangan merampas”, dan ini yang menjadi dalil bahawa baiat tersebut tidak dilakukan pada saat itu, kerana jihad belum menjadi suatu kewajipan pada waktu baiat Aqabah. Sedangkan yang dimaksudkan dengan merampas disini adalah merampas harta setelah perang. Dalam riwayat tersebut juga ditambah lafaz, ”jika kita melakukan semua itu maka kita akan masuk syurga”. Kemudian Imam Bukhari juga meriwayat kan dalam bab wufudul Anshar (utusan Anshar0 dari qutaibah dari Laits dengan lafaz وَلاَيُقْض . Sebenarnya penulisan kata tersebut keliru, hanya saja beberapa orang telah menjadikan nya sebagai sandaran dan mengatakan, ”Secara zahir riwayat tersebut melarang sesaorang untuk menjadi qadhi. Akan tetapi, larangan tersebut dibatalkan dengan diangkatnya ubadah radhiallah anhu menjadi Qadhi di Palestin pada masa pemerintahan umar. Ada yang berpendapat bahawa kata, ”bil jannah” (dengan syurga) berkaitan dengan keputusan atau pengadilan, ertinya jangan mengadili manusia untuk masuk syurga”. Cukuplah riwayat Muslim dari Qutaibah yang membuktikan kekeliruan tersebut, dan juga riwayat Al Ismaili dari Hasan bin Sufyan aerta Abi Nu’aim dari Musa bin Harun yang kedua nya berasal dari Qutaibahh. Demikian pula hadis tersebut menurut Al Bukhari dalam kitab Ad Diyaat dari Abdullah bin Yusuf dari Al-Laits dalam sebahagian besar riwayat.