Sabtu, Januari 09, 2010

Malu Adalah Sebahagian Dari Iman

Terjemahan
Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari

Kitab Iman

Bab 16. Malu Adalah Sebahagian Dari Iman


23 -
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى رَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ وَهُوَ يَعِظُ أَخَاهُ فِي الْحَيَاءِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعْهُ فَإِنَّ الْحَيَاءَ مِنْ الْإِيمَانِ

23. Dari Salim bin Abdullah, dari ayahnya, ia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu dihadapan seorang Anshar yang sedang mencela saudara nya kerana saudara nya seorang yang pemalu, Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Biarkan dia!. Sesungguh nya malu itu sebahagian dari iman.


Keterangan Hadis :
Sifat malu ini telah dibahaskan sebelumnya dalam masaalah iman. Ada pun pengulangan nya disini bertujuan untuk membahaskan nya secara terpisah dengan sanad yang berbeza, sehingga pembahasan sebelum nya bukan lah pembahasan tersendiri yang tidak berhubungan dengan pembahasan dalam bab ini.


عَنْ أَبِيهِ (dari ayah nya), ia itu Abdullah bin Umar bin Khatab


مَرَّ عَلَى رَجُلٍ (Nabi lalu dihadapan orang Anshar)

Dalam sahih Muslim lafaz nya adalah جُل برَ مَرَّ , مَرَّ (marra) bererti melalui, kata tersebut biasa digabungkan dengan ”Ala” atau ”ba’”. Saya tidak mengetahui nama dua orang yang ada diatas, baik yang memberikan nasihat atau yang diberi nasihat.


يَعِظُ bererti menasihati, menakut-nakutkan atau mengingati. Demikian lah mereka menerangkan kata tersebut. Keterangan yang lebih jelas adalah seperti yang diterangkan oleh Imam Bukhari, dalam bab Adab melalui jalur Abdul Aziz bin Abu Salmah dari Ibnu Shihab yang lafaz nya الْحَيَاءِ في أَخَاه يعابَ (mencela sifat malu yang dimiliki oleh saudara nya). Ia berkata, ”Engkau sangat pemalu”, seakan-akan ia berkata, ”Sifat tersebut sangat membahayakan mu”.

Ada kemungkinan bahawa dua lafaz tersebut وعظ (menasihati) dan ’itaab عتاب (mencela) disebut secara bersamaan dalam satu hadis, akan tetapi sebahagian periwayat ada yang menyebutkan dan ada yang tidak. Hal tersebut dilakukan dengan keyakinan bahawa salah satu dari kedua lafaz tersebut dapat mewakili lafaz yang lain.

في termasuk ”fa’ sababiyah (yang menunjukkan sebab) erti nya seakan-akan lelaki tersebut sangat pemalu sampai tidak mahu meminta hak nya. Kerana itu lah ia dicela oleh saudara nya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada nya, ” دَعْهُ ” erti nya, biarkan dia tetap berada dalam akhlak yang sunnah itu, kerana malu adalah sebahagian daripada iman. Jika sifat malu menghalang sesaorang untuk menuntut haknya, maka dia akan diberi pahala yang sesuai dengan hak yang ditinggalkan nya itu. Ibnu Qutaibah berkata, ”Maksudnya, bahawa sifat malu dapat menghalangi dan menghindarkan sesaorang untuk melakukan kemaksiatan sebagaimana iman. Maka sifat malu disebut sebagai iman, seperti sesuatu dapat diberi nama dengan nama lainnya yang dapat menggantikan kedudukan nya”.

Untuk itu penyataan bahawa sifat malu itu sebahagian dari iman termasuk majaz (kiasan). Dalam hadis tersebut, tampak nya orang yang melarang itu tidak mengetahui bahawa malu itu termasuk salah satu kesempurnaan iman, sehingga setelah itu ditegaskan kembali kewujudan dari sifat malu tersebut. Penegasan itu juga disebabkan kerana masalah itu adalah masalah yang harus diperhatikan, meskipun tidak ada yang mengingkari nya.

Ar-Raghib berkata, ’malu adalah menahan diri dari perbuatan buruk”. Sifat tersebut merupakan salah satu ciri khusus manusia yang dapat mencegah dari perbuatan yang memalukan dan membezakan nya dengan binatang. Sifat tersebut merupakan gabungan dari sifat takut dan iffah 9menjaga kesucian diri). Oleh kerana itu orang yang malu bukan orang yang fasik, meskipun jarang sekali kita temukan seorang pemberani yang pemalu. Terkadang sifat malu juga bererti menahan diri secara mutlak.

Ada pula yang berpendapat bahawa kata tersebut bererti menahan diri, kerana takut melakukan sesuatu yang dibenci oleh syariat, akal maupun adat kebiasaan. Orang yang melakukan sesuatu yang dibenci syariat, maka ia termasuk orang yang fasik. Jika ia melakukan hal yang dibenci oleh akal, maka ia termasuk dalam kategori orang gila. Sedang kan jika ia melakukan hal yang dibenci oleh adat maka dia orang yang bodoh. Adapun perkataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ”Malu adalah sebahagian dari iman”, mengandungi erti, bahawa malu merupakan salah satu pengaruh iman.

Al Hulaimi berkata, ”Kesan dari rasa malu adalah takut akan dosa, kerana melakukan perbuatan yang tidak terpuji”. Yang lain menambahkan, bahawa rasa malu terhadap sesuatu yang diharam kan, adalah wajib hukum nya. Sedangkan terhadap sesuatu yang makruh, hukumnya sunnah. Namun malu terhadap sesuatu yang diperbolehkan (mubah) hukumnya harus disesuaikan dengan adat kebiasaan. Inilah maksud dari perkataan, ”Perasaan malu selalu mendatangkan kebaikan”. Untuk itu dapat disimpulkan bahawa menetapkan dan menafikan mubah harus disesuaikan dengan hukum syariat.

Di riwayatkan dari sebahagian ulama salaf, ”Aku melihat bahawa kemaksiatan itu adalah perbuatan hina, dan demi kehormatan ku tinggalkan kemaksiatan tersebut. Setelah itu terbentuklah ruh agama”. Terkadang rasa malu kepada Allah lahir kerana besarnya nikmat yang diberikan, sehingga merasa malu menggunakan nikmat tersebut untuk melakukan kemaksiatan kepada Nya. Sebahagian ulama berkata, ”Takutlah kepada Allah sebesar kekuasaan Nya atas diri mu, dan malu lah kepada Nya sebesar kedekatan Nya kepada dirimu. Wallahu a’lam.





..aj

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gothehome@yahoo.com