Isnin, Januari 11, 2010

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan muhammad itu utusan Allah

Terjemahan
Fathul Bari

Ibnu Hajar Al Asqalani

Syarah Kitab Shahih Al Bukhari
Kitab Iman


Bab  : 17.
”Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan”.
(At-Taubah 9 : 5)


رَحِيمٌ غَفُورٌ اللَّهَ إِنَّ سَبِيلَهُمْ فَخَلُّوا الزَّكَاةَ وَآتَوُا الصَّلاةَ وَأَقَامُوا تَابُوا فَإِنْ





25 -
 حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمُسْنَدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو رَوْحٍ الْحَرَمِيُّ بْنُ عُمَارَةَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ وَاقِدِ بْنِ مُحَمَّدٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ عَنْ ابْنِ عُمَرَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

25. Dari Ibnu umar berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan muhammad itu utusan Allah, dan supaya mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Jika mereka melakukan itu maka darah dan harta mereka mendapat perlindungan dariku, kecuali kerana alasan-alasan hukum Islam. Sedangkan perhitungan terakhir mereka terserah kepada Allah”.
Hadis ini dijadikan dasar untuk menafsirkan ayat diatas, kerana maksud ”taubat” dalam ayat tersebut adalah berhenti dari kekufuran menuju tauhid. Ayat tersebut di tafsirkan oleh sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ;

حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ (sampai mereka ber saksikan tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah).


Disamping itu ada perkaitan lain antara ayat dengan hadis diatas, ia itu takhalliyah (memberi kebebasan) dalam ayat dan ’ishmah (perlindungan) dalam hadis memiliki erti yang sama. Sedangkan perkaitan hadis dengan bab iman, merupakan bantahan terhadap kelompok Murji’ah yang mendakwa bahawa iman tidak memerlukan pembuktian dalambentuk amal perbuatan.

أُمِرْتُ (Aku diperintahkan)

Maksudnya, aku diperintahkan oleh Allah kerana hanya Dia lah yang memerintah Rasul Nya. Jika ada seorang sahabat yang menyatakan, ”Aku diperintah”, maka hal tersebut bererti ”Aku diperntah oleh Rasulullah”. Kalimah tersebut tidak mengandungi kemungkinan ”Aku diperintah oleh sahabat yang lain’. Kerana selama mereka adalah para mujtahid, maka mereka tidak menjadikan perintah mujtahid yang lain sebagai hujah. Apabila kalimah tersebut dikatakan oleh seorang tabi’i, maka ada kemungkinan demikian. Kesimpulan nya, bahawa sesaorang yang terkenal patuh kepada pemimpin nya, maka jika ia menyatakan kalimah tersebut, dapat difahami bahawa perintah tersebut berasal dari pemimpin nya.



حَتَّى يَشْهَدُوا (sehingga mereka bersaksi).

Kalimah ini menjelaskan, bahawa tujuan memerangi adalah kerana adanya sebab-sebab yang telah disebutkan dalam hadis. Maka secara zahir kalimah itu mengandungi penyataan, bahawa orang yang mengucapkan syahadah, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat, akan dijamin jiwa nya walaupun mengingkari hukum-hukum yang lain. Kerana syahadah (kesaksian0 terhadap sesuatu risalah bererti meyakini semua yang berasal dari nya, ditambah lagi bahawa kaitan hadis إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ (kecuali yang berkaitan dengan hukum Islam) mencakupi semua hal yang disebutkan dalam hadis.
Jika ada pertanyaan, ”Mengapa yang disebutkan hanya solat dan zakat sahaja dalam nas di atas?”. Jawap nya, supaya manusia memperhatikan dua hal tersebut, kerana solat dan zakat adalah ibadah yang sangat mulia, disamping kedua nya juga merupakan ibadah badaniyah (jasmani) dan maliyah (harta) yang paling penting.

وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ (dan mendirikan solat)

Ertinya, melaksanakan solat secara berterusan dan memenuhi semua syarat rukun nya. Maksud dari qiyam (berdiri) adalah adaa’ (melaksanakan) yang dalam hal ini termasuk takbir al kulli bil juz’i (menerangkan sesuatu dengan menyebutkan bagi nya), kerana berdiri merupakan salah satu rukun solat. Yang dimaksudkan dengan solat disini adalah yang diwajibkan, bukan solat yang umum. Oleh kerana itu, tidak termasuk didalam nya sujud tilawah walaupun sujud tersebut dapat dikategorikan dalam solat.
Syaikh Muhyiddin An-Nawawi berkata, ”Hadis ini menunjukan bahawa orang yang meninggalkan solat secara sengaja akan dibunuh atau dihukum mati”. Kemudian beliau menyebutkan perbezaan pendapat ulama dalam hal ini.
Ketika Al Karmani ditanya tentang hukum orang yang meninggalkan solat, beliau menjawap bahawa hukum solat dan zakat adalah sama kerana tujuan kedua hal tersebut tidak berbeza, iaitu ”memerangi” bukan ”menghukum mati”. Adapun perbezaan nya, orang yang tidak mahu membayar zakat dapat diambil secara paksa sedangkan dalam solat tidak dapat diperlakukan seperti itu. Oleh kerana itu, jika sesaorang yang telah mencapai nisab dan tidak mahu mengeluarkan zakat maka dia harus di perangi.
Dalam kerangka ini, Abu Bakar As-Siddiq memerangi golongan yang tidak mahu membayar zakat. Tidak ada satu pun riwayat yang menunjukan bahawa beliau membunuh mereka. Oleh kerana itu, harus diteliti terlebuh dahulu jika hadis ini dijadikan dalil untuk membunuh orang yang meninggalkan solat, kerana sighah (bentuk kalimah) uqaatil (saya memerangi) dengan aqtul (saya membunuh) adalah berbeza. Wallahu a’lam.
Ibnu Daqiq Al Id dalam kitab nya Syarh Al Umdah telah menjelaskansecara panjang lebar dalam menolak pendapat yang menggunakan hadis tersebut sebagai dasar hukum bagi orang yang meninggalkan solat. Beliau berkata, ”Di boleh kan memerangi (golongan tersebut), bukan bererti dibolehkan membunuh nereka. Kerana bentuk ”muqaatalah” berasal dari wazn (pola) ”mufaa’alah” yang mengharuskan ada nya perhubungan antara kedua pihak, sedangkan dalam al qatlu (membunuh) tidak seperti itu”.

Al Baihaqi meriwayatkan dari As-Syafi’i yang berkata, ”Perang tidak sama dengan membunuh, kerana kadang kala kita dibolehkan untuk memerangi sesaorang tetapi tidak boleh membunuh nya”.


فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ (Jika mereka melakukan itu)

Ungkapan tersebut menggunakan kata فَعَلُو (fa’aluu = melakukan), meskipun di antara odjek nya ada yang berbentuk perkataan. Hal itu mungkin disebabkan penggunaan kaedah taghlib (menamakan sesuatu dengan syarat yang paling menonjol) atau kerana menghendaki erti yang lebih umum, sebab perkataan adalah perbuatan lisan.


عَصَمُوا (mereka berada dalam perlindungan ku) terjaga atau terlindung. Al ’Ishaam, ia itu tali untuk mengikat mulut qirbah (tempat air yang berasal dari kulit haiwan) agar air nya tidak mengalir.

وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ (dan perhitungan terakhir mereka terserah kepada Allah)

Ertinya, dalam hal-hal yang bersifat rahsia. Kalimah tersebut dapat dijadikan dalil diterima nya amal perbuatan yang bersifat lahiriah (nampak) dan menetapkan hukum dengan bukti-bukti yang zahir. Demikian pula bahawa keyakinan yang kuat cukup sebagai syarat diterima nya iman. Pendapat ini berbeza dengan pendapat yang mengharuskan untuk mengetahui dan mempelajari dalil atau bukti-bukti secara mendalam, sebagaimana yang telah dibahaskan sebelum ini.


Kalimah diatas, dapat dijadikan sebagai dalil untuk tidak mengkafirkan ahli bid’ah yang mengikrarkan tauhid dan melaksanakan syariat. Begitu juga sebagai dalil diterima nya taubat orang yang kafir, terlepas apakah kekafiran nya sebelum itu bersifat zahir atau batin. Jika ada yang bertanya, ”Hadis tersebut menuntut untuk memerangi orang yang menolak tauhid, lalu bagaimana orang-orang yang membayar jizyah dan mu’ahadah (yang terikat dengan perjanjian damai0 tidak diperangi?. Ada beberapa jawapan atas pertanyaan ini;


Nasakh (penghapusan hukum) denganalasan bahawa hukum penarikan jizyah dan mu’ahadah datang setelah hadis-hadis ini. Dalilnya adalah hadis yang mengsahkan pengambilan jizyah dan perjanjian datang setelah turun nya firman Allah, ”Bunuhlah kaum musyrik.”
Hdis tersebut bersifat umum dan di khususkan dengan hadis lain. Kerana suatu perintah dimaksudkan untuk mencapai suatu tujuan, sehingga apabila ada hukum lain yang tidak sama dengan hukum yang bersifat umum itu denganalasan tertentu, maka hal itu tidak akan mengurangi atau merubah nilai hukum yang bersifat umum tersebut.
Konteks hadis itu bersifat umum yang mempunyai maksud tertentu. Seperti kata ”An-Naas (manusia)”, dalam kalimah ”Uqaatila an-Naasa’ adalah kaum musrikin, sehingga ahlul kitab tidak termasuk di dalam nya. Hal ini diperkuat dengan riwayat dari An-Nasa’i yang berbunyi

المشركين أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ (aku diperintahkan untuk memerangi kaum musyrikin. Apabila ada yang menyatakan, ”Walaupun hal ini boleh diterapkan dalam masalah ahlul jizyah, namun maseh tidak dapat diterapkan dalam hal mu’ahadah atau golongan yang menolak jizyah”. Ini adalah kerana faktor yang menyebabkan mereka harus diperangi adalah keengganan nya untuk membayar zakat, bukan menangguhkan perlaksanaan nya dalam selang waktu tertentu seperti dalam hudnah (gencatan senjata). Sedangkan golongan yang menolak membayar jizyah harus diperangi berdasarkan ayat tersebut diatas.
Boleh jadi maksud dari syahadah dan lain nya yang disebutkan dalam hadis tersebut adalah menegak kan kalimah Allah dan menundukan para pembangkang. Tujuan ini ada kala nya dapat dicapai dengan berperang, jizyah atau mu’ahadah.
Bahawa tuntutan perang tersebut adalah agar mereka mengakui ajaran tauhid atau membayar jizyah sebagai pengganti.
Tujuan diwajibkan jizyah adalah mendesak mereka untuk memeluk islam. Seakan akan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ”hingga mereka memeluk islam atau melaksanakan perbuatan yang mengharuskan mereka memeluk islam”. Ini lah jawapan yang paling baik.
Wallahu a’lam.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gothehome@yahoo.com