Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari
Kitab Iman
Bab12. Menghindarkan dari Fitnah Merupakan Sebahagian dari Agama
19 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ الْمُسْلِمِ غَنَمٌ يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنْ الْفِتَنِ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ الْمُسْلِمِ غَنَمٌ يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنْ الْفِتَنِ
19. Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Akan datang suatu masa dimana sebaik-baik nya harta orang muslim adalah kambing (biri-biri). Digembalakan di puncak-puncak bukit dan di tempat-tempat air huja berkumpul (lembah-lembah). Dia menghindarkan agamanya dari bencana”.
Keterangan Hadis :
يُوشِكُ (akan datang) dalam waktu dekat.
شَعَفَ (puncak bukit) atau puncak gunung.
وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ (tempat-tempat air hujan berkumpul)
يَفِرُّ بِدِينِهِ (menghindarkan agamanya)
Imam Nawawi berkata, ”Menjadikan hadis ini sebagai dalil penyataan yang terdapat dalam judul bab akan menimbulkan kritikan, kerana lafaz tersebut sama sekali tidak menunjukan bahawa menghindari fitnah adalah termasuk sebahagian dari agama, akan tetapi maksud dari hadis tersebut adalah menjaga agama’. Kemudian Imam Nawawi melanjutkan perkataan nya, ”Ketika Imam Bukhari melihat bahawa menghindari dari fitnah merupakan usaha untuk menjaga agama, maka beliau menyebutkan nya dengan agama”. Ada sebahagian ulama’ yang berkata, ”Jika huruf مِنْ min (dari) dalam hadis tersebut menunjukan erti tab’idhiyyah (bagian), maka kritikan itu dapat diterima. Akan tetapi, huruf مِنْ tersebut adalah hanya sebagai ’ibtidaiyyah (permulaan kalimah) –sehingga maksudnya, menghindari fitnah adalah bersumber dari agama-, maka kritikan itu tidak dapat diterima. ”Hadis ini juga disebutkan oleh Imam Bukhari dalam perbahasan tentang Al Fitan (fitnah dan cubaan) dimana sebenarnya hadis tersebut lebih elok untuk dibahaskan disana, dan perbahasan tersebut –Insya Allah- akan disampaikan kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gothehome@yahoo.com