Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari
Kitab Iman
Bab 13. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,”Aku Adalah Orang Yang Paling Mengetahui tentang Allah”. Makrifat adalah Perbuatan Hati Berdasarkan Firman Allah,
وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ
”Tetapi Allah menghukumkamu disebabkan oleh sumpahanmu yang disengajakan untuk bersumpah oleh hati mu”. (Al Baqarah 2 : 225)
20 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدَةُ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَمَرَهُمْ أَمَرَهُمْ مِنْ الْأَعْمَالِ بِمَا يُطِيقُونَ قَالُوا إِنَّا لَسْنَا كَهَيْئَتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ قَدْ غَفَرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَيَغْضَبُ حَتَّى يُعْرَفَ الْغَضَبُ فِي وَجْهِهِ ثُمَّ يَقُولُ إِنَّ أَتْقَاكُمْ وَأَعْلَمَكُمْ بِاللَّهِ أَنَا
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَمَرَهُمْ أَمَرَهُمْ مِنْ الْأَعْمَالِ بِمَا يُطِيقُونَ قَالُوا إِنَّا لَسْنَا كَهَيْئَتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ قَدْ غَفَرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَيَغْضَبُ حَتَّى يُعْرَفَ الْغَضَبُ فِي وَجْهِهِ ثُمَّ يَقُولُ إِنَّ أَتْقَاكُمْ وَأَعْلَمَكُمْ بِاللَّهِ أَنَا
20. Dari Aisyah radiallahu ‘anha bahawa dia berkata, ”Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyuruh para sahabat nya, maka baginda akan menyuruh nya untuk mengerjakan amalan-amalan yang sanggup mereka kerjakan. Akan tetapi kemudian mereka berkata, ” Ya Rasulullah, kami ini tidak seperti mu, Allah Subhanahu wa Ta’aala telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang”. Maka, mendengar ucapan mereka itu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam marah sehingga terlihat tanda kemerahan diwajah nya. Baginda pun bersabda, ”Sesungguhnya yang paling takwa dan yang lebih mengetahui tentang Allah diantara kamu sekelian adalah aku”.
Keterangan Hadis :
Hadis diatas dijadikan dalil, bahawa keimanan yang hanya diungkapkan dengan lisan tidak akan sempurna, kecuali bila disertai dengan keyakinan yang merupakan perbuatan hati. Maksud firman Allah قُلُوبُكُمْ كَسَبَتْ بِمَا adalah apa yang terpendam didalam hati. Ayat ini, meskipun disebut dalam konteks tentang (sumpah), akan tetapi penggunaan nya sebagai dalil dalam masalah iman diperbolehkan kerana ada kesamaan antara kedua kata tersebut iaitu bahawa kedua nya (sumpah dan iman0 sama-sama merupakan perbuatan hati. Dalam hal ini Iman Bukhari terpengaruh dengan pendapat Zaid bin Aslam dalam menafsirkan firman Allah, أَيْمَانِكُمْ في باِللغو اللُّه لاَيُواخِذُكُمُ dengan berkata, ”Hal ini seperti perkataan sesaorang, ”jika aku berbuat seperti ini maka aku akan kafir”. Akan tetapi Allah tidak akan memberikan hukuman atas perkataan nya itu kecuali jika telah diyakini oleh hati nya”. Dari sini, maka jelas lah hubungan antara ayat dengan hadis tersebut. Hal ini mengandungi bantahan kepada kelompok Karramiyah yang berpendapat bahawa iman hanya lah ucapan sahaja, dan juga merupakan dalil bahawa iman dapat bertambah dan berkurang, kerana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ” Aku yang paling mengetahui Allah”, menunjukan bahawa pengetahuan manusia tentang Allah bertingkat-tingkat, dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berada pada tingkat yang paling atas. Pengetahuan tentang Allah mencakupi pengetahuan tentang sifat da hal-hal yang berkaitan dengan Nya. Ini lah yang dinamakan dengan iman yang sebenar nya.
Pelajaran yang dapat diambil :
Imam Al Haramain berkata, ”Para ulama sepakat bahawa mengetahui Allah adalah merupakan suatu kewajipan. Akan tetapi mereka berbeza pendapat apakah ini kewajipan yang utama?. Ada yang berpendapat bahawa kewajipan yang pertama adalah makrifah (mengetahui), tetapi pendapat lain menyatakan, bahawa kewajipan yang pertama adalah mencari atau melihat”.
Al Muqtarikh berkata, ”Telah disepakati bahawa kewajipan yang pertama menurut maksud nya adalah makrifah dan kewajipan pertama kali yang harus dilakukan dari maksud tersebut adalah mencari”.
Dalam menukil ijma’ ulama, banyak yang harus diperhatikan. Kerana dalam masalah ini ada banyak perbezaan pendapat, sehingga ada golongan yang berpendapat yang bertolak belakang dalam masalah ijma’. Mereka berhujah dengan diterap kan prinsip tersebut pada generasi pertama Islam ketika menerima orang yang ingin masuk islam tanpa harus diuji, dan riwayat yang menjelaskan masalah ini banyak sekali. Jawapan kelompok pertama, bahawa golongan kafir mempertahan kan dan berperang demi agamanya. Maka mundurnya mereka dari agama nya menunjukan bahawa mereka telah mengetahui kebenaran. Oleh kerana itu maka firman Allah,;
عَلَيْهَا النَاس فَطَرَ التي الله فِطرِةَ حَنِيْفا للدينِ وَجهكَ فأَقِمْ serta hadis, ”Semua bayi dilahirkan dalamkeadaan fitrah”, secara tak lansung mendorong masalah ini keluar dari asalnya. Keterangan lebin lanjut insya Allah akan ditemukan dalam kitab Tauhid.
Telah dinukil dari Al Qudwah Abu Muhammad bin Abi Hamzah dari Abu Walid Al Baaji dari Abu Ja’far As-Sam’ani –yang merupakan salah seorang penyair besar- bahawa dia mendengar Abu Walid Al Baaji berkata, ” Masalah ini adalah salah satu maslah Mu’tazilah yang tersisa dalam mahzab (Ahlu Sunnah)”. An-Nawawi berkata, ”Dalam ayat tersebut terdapat bukti bahawa perbuatan hati dihitung jika benar-benar ada dalam hati. Adapun sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ”Allah mengampuni apa yang ada dalam jiwa umatku selama tidak dikatakan atau dilakukan”, mengandungi pengertian jika perbuatan atau niat tersebut belum tertanam dalam hati. Menurut saya, pendapat tersebut dapat didasarkan pada keumuman sabda nya, أَوْتَّعْمَل (atau tidak dikerjakan), kerana keyakinan adalah perbuatan hati. Untuk lebih lengkapnya, masalah ini dapat ditemukan dalam kitab Ar-Riqaaq.
إِذَا أَمَرَهُمْ أَمَرَهُمْ (Apabila Rasulullah menyuruh para sahabatnya maka baginda akan menyuruhnya ...), demikian lah lafaz yang terdapat dalam banyak riwayat. Akan tetapi, ada beberapa riwayat yang menyebutkan lafaz أَمَرَهُمْ sekali saja sebagaimana dijelaskan oleh Al Qadhi Abu Bakar bin Al Arabi tentang sebuah riwayat dari jalur Ubadah, dan dari jalur Ibnu Numair dan yang lain nya dari Hisyam yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, dan juga riwayat yang disebutkan oleg Al Ismaili dari Abu Usmah dari Hisyam, بالشيءِ النَاسَ أمرَ إذَا كَانَ (jika baginda memerintahkan manusia untuk melakukan sesuatu)”.
Mereka menyatakan, bahawa maksud hadis tersebut adalah jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan kepada para sahabat, maka baginda akan memerintahkan sesuatu yang mudah, kerana baginda khuatir mereka tidak akan mampu melakukan secara terus menerus. Akan tetapi, para sahabat meminta kewajipan yang lebih berat, kerana mereka beranggapan bahawa berlebihan dalam beramal dapat meningkatkan darjat mereka. Oleh kerana itu, mereka berkata, ”kami ini tidak seperti mu”. Perkataan ini menyebabkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam marah, kerana ketinggian derajat sesaorang tidak hanya diperolehi dengan ibadah sahaja, akan tetapi dapat diperolehi juga dengan menambah rasa syukur kepada Yang Memberi Nikmat sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, ”Bukahkah aku seorang hamba yang bersyukur?”.
Adapun maksud Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan kepada mereka untuk mengerjakan sesuatu yang mudah adalah agar mereka dapat melaksanakan nya secara terus menerus sebagaimana disebutkan dalam hadis lain, ”Amalan yang paling dicintai Allah adalah yang dilakukan secara terus menerus”.
Dengan penggunaan kata أَمَرَهُمْ dalam riwayat ini, maka maksud hadis tersebut adalah jika baginda memerintahkan sesuatu kepada mereka maka baginda akan memerintahkan sesuatu yang dapat dilakukan oleh mereka secara terus menerus. Dengan demikian kata أَمَرَهُمْ yang kedua berfungsi sebagai jawap syarth.
كَهَيْئَتِكَ (seperti mu), maksudnya bahawa derajat kami tidaklah sama dengan derajat mu wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Penggunaan kata hai’ah hanya sebagai penguat sahaja. Ada beberapa pelajaran penting yang dapat di senaraikan dari hadis ini iaitu ;
1. Perbuatan soleh dapat meningkatkan derajat sesaorang yang melakukan nya dan menghapuskan dosa-dosa nya. Hal ini disebabkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam todak mengingkari pendapat dan hujah para sahabat tersebut dari segi ini.
2. Seorang hamba yang telah mencapai puncak ibadah dan dapat menikmatinya, maka ia akan terus melaksanakan dengan maksud untuk menjaga nikmat tersebut dan menambah rasa syukur kepada Allah.
3. Dianjurkan untuk melaksanakan hukum azimah (hukum asal) atau pun rukhshah (keringanan) sebagaimana mestinya sesuai dengan ketentuan syariat (Allah0, dan berkeyakinan bahawa melaksanakan sesuatu yang lebih ringan tetapi sesuai dengan syariat adalah lebih baik daripada melakukan sesuatu yang lebih berat tetapi bertentangan dengan syariat.
4. Ibadah yang paling utama adalah yang dilakukan secara sederhana akan tetapi dilakukan secara terus menerus, bukan ibadah yang berlebih-lebihan sehingga dapat menyebabkan rasa bosan dan ingin meninggalkan nya.
5. Hadis ini menunjukan betapa besar nya semangat para sahabat dalam beribadah dan keinginan mereka untuk menambah kebaikan.
6. Marah dibolehkan bagi sesaorang jika ia melihat sesuatu yang bertentangan dengan syariat agama, dan dianjurkan untuk mengingat kan orang yang pintar jika ia lupa atau tidak dapat memahami sesuatu dengan maksud untuk menyedarkan nya.
7. Sesaorang dibolehkan untuk membicarakan tentang kelebihan dirinya sesuai dengan keperluan, dengan syarat tidak berniat untuk membesar-besarkan dirinya.
8. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang mencapai tingkat kesempurnaan kerana dalam dirinya terdapat dua hal sekali gus ia itu ilmu dan amal. Baginda telah mengisyaratkan tentang hal pertama (ilmu) dengan sabdanya, ”Aku yang lebih mengetahui”, dan tentang hal yang kedua dalam sabda nya, ”yang paling takwa”. Dalam riwayat Abu Nu’aim lafaz nya adalah, لأنَا بِاللَّهِ وَأَعْلَمَكمْ dengan penambahan huruf ل (lam) sebagai ta’kiid (penguat). Sedangkan dalam riwayat Abu Usamah dari Al Ismaili lafas nya adalah, ;
أنا وأتقكم أبَرَّكم إنَّ واللَّهِ (Demi Allah, Sesungguhnya orang yang paling baik dan bertakwa diantara kamu adalah aku). Hadis ini termasuk hadis yang hanya diriwayatkan oleh Bukhari dan termasuk dalam hadis gharib yang sahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gothehome@yahoo.com