Rabu, Januari 06, 2010

Terjemahan Syarah Sahih Bukhari: Tiga perkara yang membuat sesaorang menemukan manisnya iman

Terjemahan
Fathul Bari

Ibnu Hajar Al Asqalani

Syarah Kitab Shahih Al Bukhari

Kitab Iman


Bab 9. Manis nya Iman

Hadis16. Tiga perkara yang membuat sesaorang menemukan manisnya iman

15 -
 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

16. Dari Anas bin Malik radhiyallahu anha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Tiga perkara yang membuat sesaorang menemukan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi daripada cinta kepada selain dari keduanya, mencintai orang lain kerana Allah, dan sangat benci untuk kembali kepada kekufuran, sebagaimana ia membenci untuk dijatuhkan kedalam api neraka“.



Keterangan Hadis :

Sesunggihnya manis adalah buah daripada iman. Untuk itu ketika disebutkan bahawa mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam adalah sebahagian daripada iman, maka dijelaskan setelah itu, bahawa cinta tersebut akan membuahkan sesuatu yang manis.



حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ dalam ilmu balaghah kalimat ini disebut isti’arah takhyiliyyah, yang menyamakan rasa cinta seorang mukmin terhadap keimanan dengan sesuatu yang manis. Hadis ini mengisyaratkan tentang orang yang sakit dan orang yang sehat. Orang yang sehat akan merasakan manisnya madu, sedangkan orang yang menderita sakit sakit kuning misalnya, rasa tersebut akan berubah menjadi pahit. Imam Bukhari menggunakan bentuk isti’arah (pengandaian) untuk menjelaskan nain dan turun nya keimanan sesaorang. Syaikh Abu Muhammad bin Abu Jamrah menyatakan, bahawa penggunaan istilah ”manisnya iman” dikeranakan Allah menyamakan iman dengan sebatang pohon, sebagaimana firman Nya, ”Perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik”. Kalimat dalam firman tersebut adalah kalimah ikhlas (makna yang terkandung dalam surah al-Ikhlas), sedangkan pohon tersebut adalah dasar keimanan, ranting nya adalah melaksanakan perintah dan menjauhi segala larangan Nya, daunnya adalah kebaikan yang diperhatikan oleh seorang mukmin, buah nya adalah perbuatan taat, dan manisnya buah adalah buah yang sudah siap untuk dipetik, kerana buah yang siap untuk dipetik menunjukan manisnya buah tersebut.



أَحَبَّ إِلَيْهِ (lebih cinta kepadanya)

Imam Baidhawi menyatakan, bahawa maksud cinta disini adalah cinta yang menggunakan akal. Ertinya kecintaan tersebut lebih mengutamakan akal sehat, walaupun harus bertentangan dengan hawa nafsu. Seperti orang yang menderita sakit, pada dasarnya enggan untuk minum ubat, namun kerana akal nya menyatakan bahawa ubat adalah alat yang dapat menyembuhkan penyakit, akhir nya akal memilih untuk minum ubat. Pilihan akal ini lah yang membuat nafsu – orang sakit tersebut – untuk minum ubat. Apabila manusia menganggap bahawa larangan dan perintah Allah pasti akan mendatangkan manfaat, dan akal pun cenderung membenarkan hal tersebut, maka orang tersebut akan membiasakan diri untuk melaksanakan semua perintah tersebut. Dengan demikian dalam masalah ini secara otomatis nya hawa nafsu sesaorang akan mengikuti kehendak akal, erti nya kehendak akal adalah kesedaran akan erti sesuatu yang sempurna dan baik.



Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjadikan tiga perkara tersebut sebagai tanda kesempurnaan iman sesaorang, kerana jika sesaorang itu telah meyakini bahawa sang pemberi bikmat hanya Allah semata, dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telas menjelaskan apa yang di inginkan oleh allah, maka menjadi keharusan bagi manusia untuk mengorientasikan semua yang dilakukan nya hanya untuk Allah semata, sehingga ia tidak menyukai dan membenci kecuali apa yang disukai dan di benci oleh Allah, dan tidak menyukai sesaorang kecuali hanya kerana Allah dan Rasul Nya. Ia yakin bahawa semua yang dijanjikan oleh Allah akan menjadi kenyataan, dengan demikian zikir kepada Allah dan Rasul Nya adalah syurga dan kembali kepada kekufuran adalah neraka. Hadis ini dibenarkan oleh firman Allah, ”katakanlah jika bapa-bapa, anak-anak,” sampai firman, ”Lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNYa”, kemudian Allah mengancam akan hal tersebut dengan janjinya fatarabbashuu (maka tunggu lah).



Makna hadis ini telah mengisyaratkan kepada manusia untuk selalu melaksana kan keutamaan dan meninggalkan kehinaan. Ada pendapat yang menyatakan, bahawa cinta kepada Allah mencakup dua hal :



Fardhu : Kecintaan yang mendorong manusia untuk melaksanakan segala macam perintah nya, meninggalkan segala macam maksiat danredha akan ketetapan Nya. Barangsiapa yang terjerumus dalam kemaksiatan, melaksanakan yang haram dan meninggalkan yang wajib, maka dia telah lalai dan mengutamakan hawa nafsu daripada kecintaan kepada Allah. Orang yang lalai terkadang lebih menyukai dan memperbanyakkan perbuatan-perbuatan yang mubah. Prilaku ini akan melahirkan ketidak pedulian, sehingga orang tersebut akan dengan mudah terperosok kedalam maksiat yang menimbulkan penyesalan.



Sunnah : Membiasakan diri untuk melaksanakan solat sunnah dan berusaha meninggalkan hal-hal yang syubhat. Prilaku orang yang demikian ini maseh sangat jarang kita temukan.



Disamping itu termasuk cinta kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, adalah tidak melaksanakan perintah atau tidak menjauhi larangan kecuali ada cahaya penerang dari baginda, dengan demikian orang tersebut akan selalu berjalan diatas jalan yang sudah digariskan. Orang yang mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pasti akan meredhai syariat yang dibawa nya dan berperangai seperti akhlak nya, seperti dermawan, mulia, sabar dan rendah hati. Oleh sebab itu orang yang berupaya untuk melakukan perbuatan seperti diatas, niscaya akan menemui manis nya iman.



Syaikh Muhyiddin menyatakan, ”Hadis ini mengandungi makna yang mulia kerana hadis ini merupakan dasar agama. Adapun makna ”manisnya iman” adalah kelazatan dalam melakukan ketaatan dan kemampuan menghadapi kesulitan dalam agama, serta mengutamakan agama daripada hal-hal yang berbau keduniaan. Cinta kepada Allah dapat dicapai dengan ketaatan dan meninggalkan segala yang dilarang Nya. Konsekuansi seperti ini tetap sama, bila kita mencintai RasulNya”.



Kata yang dipakai dalam hadis tersebut adalah ‘apa saja” bukan “siapa saja”. Hal ini berfungsi untuk menekankan bahawa makna hadis ini umum mencakupi semua benda hidup yang mempunyai akal dan yang tidak mempunyai akal.


وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Abu Nu’aim menambah dalam kitab nya Al Mustahkraj dari jalur Sufyan dari Muhammad bin Al Mutsna – guru Imam Bukhari – dengan kalimat ”setelah diselamatkan Allah dari kekufuran” منه الله أَنقذَهُ إذ بَعُدَ Redaksi seperti ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari melalui jalur yang lain. Kata Inqaadz (diselamatkan) lebih umum daripada kata ”ishmah” (dijaga) sejak lahir dalam keadaan Islam atau dikeluarkan dari kegelapan kekufuran menuju cahaya iman, sebagaimana yang dialami oleh sebahagian para sahabat.



Catatan :

Senua sanad hadis ini adalah orang Bashrah. Hadis ini menjadi dalil akan keutamaan membenci kekufuran. Hadis ini dicantumkan pada bab adab dan keutamaan cinta kepada Allah dengan lafaz,



aj..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gothehome@yahoo.com