Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari
Kitab Iman
Bab 10. Mencintai Kaum Ansar adalah Tanda Ke Imanan
Hadis 17 : Mencintai Kaum Ansar adalah Tanda Ke Imanan
17 -
حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَبْرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًاعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْإِيمَانِ حُبُّ الْأَنْصَارِ وَآيَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الْأَنْصَارِ
Dalam bab yang lalu telah dijelaskan, bahawa diantara tanda-tanda iman adalah mencintai sesamanya kerana Allah, sedangkan disini Imam Bukhari menyebutkan hadis yang menunjukan bahawa mencintai kaum Ansar juga termasuk salah satu dari tanda iman, sebab mencintai mereka – kerana mereka telah menolong Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam – adalah termasuk mencintai sesaorang kerana Allah. Sebenarnya mereka sudah termasuk dalam sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, ”mencintai sesaorang kerana Allah”. Akan tetapi disebutkan nya akan mereka secara khusus dalam hadis ini menunjukan adanya perhatian terhadap mereka.
آيَةُ الْإِيمَانِ (tanda-tanda iman)
Demikianlah penulisan kata tersebut yang terdapat dalam semua riwayat, baik dalam sahih Bukhari dan Muslim, kitab-kitab sunan, mustakhraj maupun musnad. Kata آيَةُ bererti ”tanda” seperti yang disebut oleh Imam Bukhari. Dalam kitab ”I’rab Al Hadis” karya Abu Al Baqa’ Al Akbari disebutkan dengan lafaz ”innahul iiman” ia itu dengan menggunakan kata ”innahu” dan ”al iman” dalam keadaan marfu’. Kemudian Abu Al Baqa’ Al Akhbari meng’irabnya dengan menyatakan bahawa kata ”inna’ berfungsi sebagai ta’kid 9penguat0, kata ganti ’hu” adalah sebagai kata ganti keadaan ’dhamir asy-sya’ni”, sedangkan kata iman adalah sebagai mubtada’ (sunjek) dan kata setelah nya adalah sebagai khabar (prediket). Dengan demikian, hadis tersebut mengandung pengertian bahawa yang dinamakan iman adalah mencintai kaum Anshar.
Hal ini adalah merupakan kesalahan dalam penulisan kerana – dari segi makna – menimbulkan kesan bahawa iman hanya terbatas pada mencintai kaum Anshar sahaja, padahal sebenarnya tidak demikian. Ada yang berpendapat bahawa lafaz yang mashur dari hadis tersebut juga menunjukan bahawa iman hanya terbatas pada mencintai kaum Anshar saja, demikian pula dengan hadis yang disebutkan oleh Imam Bukhari dalam bab ”Fafda ilul Anshar” (keutamaan kaum Anshar) dari Al Barra bin ’Azib yang berbunyi, ”Tidak ada yang mencintai golongan Anshar kecuali orang yang beriman”.
Mengenai hadis pertama, dapat dijawap bahawa tanda-tanda (’alamah) adalah seperti khashah (istilah dalam ilmu manthiq yang bererti ciri khusus) yang terdapat dalam beberapa benda dan tidak boleh diterapkan sebaliknya. Kita juga dapat menerima dakwaan adanya pembatasan tersebut, akan tetapi secara hakiki melainkan hanya sebagai penekanan pada makna sahaja. Atau boleh jadi pembatasan itu bersifat hakiki, akan tetapi dikhususkan bagi orang yang membenci kaun Anshar kerana mereka telah memberikan pertolongan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Sedang kan mengenai hadis kedua, dapat dijawap bahawa maksud dari hadis tersebut adalah mencintai kaum Anshar hanya terdapat dalam diri orang mukmin. Hal ini sama sekali tidak menunjukan bahawa orang yang tidak mencintai kaum Anshar tidak termasuk orang mukmin, akan tetapi maksudnya adalah bahawa orang yang tidak beriman tidak akan mencintai mereka.
Apabila ada sebuah pertanyaan, ”Apakah orang yang membenci nya termasuk dalam golongan munafik, meskipun ia telah berikrar dan percaya kepada Allah?”. Maka jawab nya adalah bahawa berdasarkan zahir nya kalimah tersebut memang mengandungi fahaman seperti itu. Akan tetapi maksud sebenarnya tidak demikian, kerana kata ”bughdhun” (benci) dalam hadis tersebut memiliki batasan, ia itu jika sesaorang membenci mereka hanya kerana mereka telah memberi pertolongan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka ia termasuk orang munafik. Penafsiran seperti ini sesuai dengan hadis yang dikeluarkan oleh Abu Naim dari Barra’ bin ’Azib, ”barangsiapa yang mencintai kaum Ansar maka aku akan mencintainya dengan sepenuh hati, dan barangsiapa yang membenci kaum Ansar, maka aku kan membenci nya dengan sepenuh hati”. Tambahanseperti ini juga terdapat dalam bab ”Al Hub” (cinta) seperti yang telah disebutkan sebelum nya.
Imam Muslim juga telah meriwayatkan dari Abu Said secara marfu’ (dinisbatkan kepada Rasul) dengan lafaz, ”Tak ada seorang mukmin pun yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya yang membenci kaum Ansar”, dan dalam riwayat Ahmad disebutkan, ”mencintai kaum Ansar adalah keimanan dan membenci mereka adalah kemunafikan”. Ada kemungkinan kata tersebut disebutkan dengan fungsi sebagai peringatan (tahdzir), sehingga yang dimaksudkan bukan lah makna zahir nya dan oleh kerana itu iman yang ada tidak digantikan dengan kekafiran yang merupakan kebalikan, tapi dengan kemunafikan yang mengisyaratkan bahawa janji dan ancaman tersebut ditujukan kepada orang yang menampakkan keimanan nya. Sedangkan yang menampakkan kekafiran nya tidak termasuk dalam apa yang dimaksudkan, kerana yang dilakukan nya lebin keras dari itu.
الْأَنْصَارِ merupakan bentul jamak (plural) dari kata نَاصِر atau نَصِير yang bererti ”Penolong”. Huruf lam dalam kata tersebut berfungsi untuk menunjukan erti yang telah diketahui, maksudnya adalah para penolong Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Mereka adalah suku Aus dan Khazraj yang sebelumnya dikenali dengan Ibnay Qailah atau dua anak Qailah yang merupakan nenek moyang mereka. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menamakan nya dengan ”Ansar”, sehingga kata tersebut menjadi sebutan bagi mereka. Nama ini juga digunakan untuk menyebut ketrunan, sekutu dan pengikut mereka. Pemberian gelaran agung tersebut adalah disebabkan kerana mereka telah memberikan pertolongan yang amat besar kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan para pengikut nya (Muhajirin). Mereka menolong nya dengan jiwa, harta dan bahkan mereka mendahulu kan kepentingan kaum Muhajirin daripada kepentingan mereka sendiri.
Perbuatan mereka ini menyebabkab mereka dimusuhi oleh kabilah-kabilah Arab mau bukan bukan arab dan juga meninbulkan kedengkian dalam diri kabilah-kabilah tersebut. Permusuhan dan kedengakian ini sebenarnya disebabkan kerana kebencian kepada mereka. Oleh kerana itu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memperingatkan kepada manusia agar tidak membenci kaum Anshar akan tetapi harus mencintai nya, bahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjadikan hal itu sebagai tanda keimanan atau kemunafikan dengan maksud untuk mengingatkan akan keutamaan dan kemuliaan kaum Anshar. Bahkan orang yang ikut serta dalam apa yang mereka perbuat, juga termasuk dalam keutamaan mereka yang disebutkan diatas. Ditemukan dalam sahih Muslim dari Ali, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berkata kepada nya, ”Tidak ada yang mencintaimu kecuali orang mukmin dan tidak ada yang membenci mu kecuali orang munafik”. Hadis ini disampaikan didepan para sahabat yang menunjukan kesetaraan mereka dalam kemuliaan kerana sumbangan yang mereka berikan kepada agama. Pengarang Al Mafhum berkata, ”Perang yang terjadi diantara mereka bukan kerana hal ini, akan tetapi disebabkan suatu perkara yang menyebabkan perselisihan, oleh kerana itu kedua belah pihak tidak dapat dikatakan munafik, kerana keadaan mereka pada saat itu adalah seperti menghukum dua orang mujahid dalam berijtihad, iaiiitu bagi yang benar akan mendapat dua pahala, sedangkan yang salah akan mendapat satu pahala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gothehome@yahoo.com