Selasa, Januari 05, 2010

Syarah Kitab Shahih Al Bukhari : Mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam Sebahagian dari Iman

Terjemahan
Fathul Bari

Ibnu Hajar Al Asqalani

Syarah Kitab Shahih Al Bukhari

Bab 8 : Mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam Sebahagian dari Iman

Hadis 14 : Mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam Sebahagian dari Iman

Hadis 15. Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga saya menjadi yang paling dicintaïnya




8. Mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam Sebahagian dari Iman.




14. HADIS Mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam Sebahagian dari Iman.

[البخاري/ 14] حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ r قَالَ: "فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ".

[Al-Bukhariy/ 14] Telah bercerita kepada kami Abu l-Yaman, dia berkata: Telah memberitahu kami Syu`ayb, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Abu Zinad, daripada Al-A`raj, daripada Abi Hurayrah, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah berkata: «Maka demi yang diri saya di tangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sehingga saya menjadi yang paling dicintaïnya daripada bapanya dan anaknya».



Keterangan Hadis :

Maksud bab ini adalah bila masa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lebin dicintai, walaupun sebenarnya mencintai semua utusan Allah adalah sebahagian dari iman, akan tetapi kecintaan yang paling besar dikhususkan untuk Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.



Kalimat فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ (Demi diriku yang berada dalam kekuasaan-Nya) adalah ungkapan sumpah. Ungkapan ini menunjukan diperbolehkan bersumpah terhadap sesuatu, yang penting untuk menguatkan nya.



مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ (dari kedua orang tua dan anak nya)

Kata ”kedua orang tua” disebutkan terlebih dahulu, kerana setiap anak pasti mempunyai orang tua dan tidak sebalik nya, setiap orang tua mempunyai anak. Sedangkan dalam hadis riwayat Nasa’i dari Anas, kata ”anak” disebutkan terlebih dahulu, hal ini dikeranakan orang tua lebih mencintai anak nya daripada anak mencintai orang tua nya.



Hadis 15. Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga saya menjadi yang paling dicintaïnya

[البخاري/ 15]
 حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ (ح) وَحَدَّثَنَا آدَمُ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ،

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ: "لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ".

[Al-Bukhariy/ 15] Telah bercerita kepada kami Ya`qub bin Ibrahim, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Ibnu `Ulayyah, daripada `Abdi l-`Aziz bin Suhayb, daripada Anas, daripada Nabi (H) Dan telah bercerita kepada kami Adam, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Syu`bah, daripada Qatadah, daripada Anas, dia berkata: Telah berkata Nabi: «Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga saya menjadi yang paling dicintaïnya daripada bapanya dan anaknya, dan manusia keseluruhannya».



Apabila ada pertanyaan, apakah hawa nafsu masuk dalam kalimat ”manusia keseluruhan nya”? Jawapnya, hawa nafsu masuk dalam kalimat tersebut, jika dilahat secara zahir. Adapun maksud cinta disini adalah cinta yang berdasrkan kebebasan 9memilih) bukan cinta dalam pengertian nya sebagai tabiat. Menurut Imam Nawawi, hadis tersebut mengisyaratkan masalah nafsu ammarah (nafsu yang cenderung untuk melakukan hal-hal yang dilarang) dan nafsu muthmainnah (nafsu yang cenderung untuk malakukan hal-hal yang baik dan dapat menenangkan hati). Maka orang yang nafsu muthmainnah nya lebih dominan dalam diri nya, ia akan lebih mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, demikian juga sebalik nya dengan orang yang diri nya dikuasai dengan nafsu ammarah.



Hadis ini juga mengisyaratkan keutamaan berfikir, sebab cinta yang telah disebutkan diatas dapat diketahui dangan berfikir. Hal itu disebabkan apa yang dicintai dari manusia dapat berupa dirinya atau hal-hal lain. Adapun apa yang dicintai dari diri nya, maka ia akan menginginkan keselamatan nya dari berbagai macam penyakit dan bencana, dan itulah sebenarnya hakikat yang diinginkan, sedangkan apa yang dicintai dari selain dirinya, adalah tercapai suatu manfaat yang diinginkan nya. Untuk itu orang yang memikirkan manfaat yang diperolehi dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yang telah mengeluarkan dari gelap nya kekufuran menuju terangnya cahaya keimanan, maka ia akan mengetahui bahawa manfaat yang diperolehi dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam akan lebih besar daripada manfaat yang diperolehi dari selainnya. Memang manusia berbeza beza dalam hal ini, tapi tidak diragukan bahawa para sahabat memiliki kecintaan yang sempurna terhadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, keranakecintaan tersebut merupakan buah dari pengetahuan, dan mereka telah mengetahui hal tersebut.



Imam Qurthubi menyatakan, ”Setiap orang yang beriman kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan sebenar benar iman, maka diri nya tidak akan pernah hampa dari rasa cinta kepadanya, meskipun kecintaan mereka itu berbeza beza. Sebagahian mereka ada yang cintanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telah mencapai tingkat yang tinggi, dan sebahagian yang lain hanya mencapai tingkat yang rendah. Tetapi sebahagian besar mereka jika disebut nama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka hasrat mereka untuk melihatnya sangat besar, kerana menurut mereka melihat beliau sangat berpengaruh terhadap diri, keluarga, anak-anak, harta dan orang tua mereka. Maka tidak jarang kita mendapatkan sebahagian mereka yang mengeluarkan tenaga, harta dan kemampuan nya untuk berziarah ke makam Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan melihat tempat-tempat sejarah beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gothehome@yahoo.com