Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari
Kitab Iman
Bab 7 : Mencintai Saudaranya Sebagaimana Mencintai Dirinya Sendiri adalah sebahagian dari Iman
7. Mencintai Saudaranya Sebagaimana Mencintai Dirinya Sendiri adalah sebahagian dari Iman
Hadis 13: mencintai saudaranya sebahagian iman
13 -
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Keterangan Hadis :
Al Karmani manyatakan, bahawa lafaz iman sudah dikemukakan pada bab sebelum nya, namun pada bab ini permasaalahan yang diangkat berbeza dengan permasaalahan sebelum nya, dimana pada perbahasan sebelum nya disebutkan (memberi makan adalah sebahagian dari iman). Seakan akan beliau menyatakan, bahawa kecintaan disini adalah sebahagian dari iman.
لَا يُؤْمِنُ (tidak sempurna keimanan) orang yang mengaku beriman.
Pada redaksi hadis yang diriwayatkan Al Mustamli menggunakan kata أَحَدُكُمْ . Ushaili menggunakan kata أَحَد , sementara Ibnu Asakir, Muslim dan Abu Khaitsamah menggunakan kata عبد
Apabila dikatakan, bahawa sesaorang yang melaksanakan perintah dalam hadis ini (mencintai saudara nya), bererti iman nya telah sempurna walaupun tidak melaksanakan rukun iman yang lain. Jawap nya pengerti seperti ini diambil dari kalimah المسلم لأخيه melihat sifat-sifat yang lain bagi seorang muslim.
Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban dijelaskan الايمانَ حقيقة عبد لاَيبلغ (sesaorang tidak akan mencapai hakikat keimanan), maksudnya adalah kesempurnaan iman. Tetapi orang tidak melakukan apa yang ada dalam hadis ini, dia tidak menjadi kafir.
حَتَّى يُحِبَّ (sampai mencintai)
hal ini bukan bererti bahawa tidak adanya keimanan menyebabkan adanya rasa cinta.
مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ (sebagaimana mencintai diri sendiri) dari kebaikan.
Kata خَيْرٌ (khair)(kebaikan) mencakupi semua ketaatan dan semua hal yang dibolehkan didunia dan akhirat, sedangkan hal-hal yang dilarang oleh agama tidak termasuk dalam kategori الحير (al khair). Ada pun cinta adalah menginginkan sesuatu yang di yakini sebagai suatu kebaikan.
Imam Nawawi menyatakan, ”Cinta adalah kecenderungan terhadap sesuatu yang diinginkan. Sesuatu yang dicintai tersebut dapat berupa sesuatu yang dapat dilihat, seperti bentuk, atau dapat juga berupa perbuatan seperti kesempurnaan, keutamaan, mengambil manfaat atau menolak bahaya. Kecenderungan disini bersifat ikhtiyari (kebebasan), bukan bersifat alami atau paksaan.
Maksud lain dari cinta disini adalah cinta dan senang jika saudaranya mendapat seperti apa yang dia dapat, baik dalam hal-hal yang bersifat zahir atau maknawi”. Abu Zinad bin Siraj menyatakan, ” Secara zahir hadis ini menuntut kesamaan, sedang pada kenyataan nya menuntut pengutamaan, kerana setiap orang senang jika ia lebih dari yang lain nya. Maka apabila dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri, bererti ia termasuk orang-orang yang utama”.
Saya berpendapat, “Imam Iyad juga menyatakan demikian. Namun pendapat ini maseh berpeluang untuk dikritik, kerana maksudnya adalah menekankan untuk tawadhu’ (rendah diri), sehingga dia tidak senang untuk melebihi orang lain, kerana hal ini menuntut adanya persamaan, sebagaimana firman Allah, ”Negeri akhirat itu, kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombong diri dan berbuat kerosakan dibumi”. Semua ini tidak akan sempurna kecuali dengan meninggalkan perbuatan dengki, iri, berlebihan, kecurangan dan lainnya yang termasuk dalam perangai buruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gothehome@yahoo.com