Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari
Kitab Iman
Bab 6: Memberi Makan dan Salam Adalah Perangai Islam
12 -
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاأَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Setelah Imam Bukhari memaparkan hadis tentang cabang-cabang iman yang di intisarikan dari Al Quran dan Sunnah, beliau melanjutkan pada bab-bab seterus nya untuk memaparkan perbahasan ini agar lebih jelas lagi. Maka dengan sengaja beliau memberi judul pada bab ini dengan “memberi makan” bukan “Islam bagaimanakah”. Hal itu menunjukan adanya perbezaan antara kedua perbahasan tersebut seperti yang kita lihat dari perbezaan pertanyaan yang ada dalam redaksi hadis nya.
Lelaki yang bertanya dalam hadis di atas tidak disebutkan namanya, tetapi ada yang menyatakan bahawa dia adalah Abu Dzarr, sedang dalam riwayat Ibnu Hibban adalah Hanik bin Yazid, orang tua Syuraikh.
أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ
(Islam bagaimanakah yang lebih utama). Pertanyaan ini sama dengan hadis sebelum nya, lalu kenapa ada dua pertanyaan yang sama dalam dua hadis tersebut, sedang jawapan nya berbeza. Al Karmani menjawap, ”Sebenar nya kedua jawapan itu tidak berbeza, keranan memberi makan bererti selamat dari bencana yang diakibatkan oleh tangan, dan mengucapkan salam bererti selamat dari bencana yang diakibatkan oleh lisan. Mungkin jawpan yang berbeza ini kerana adanya pertanyaan yang berbeza tentang keutamaan suatu perbuatan atas perbuatan yang lain.
Hal ini dapat dilihat dari perbezaan makna afdhal (lebih utama) dan khair (baik). Menurut Al Karmani, kata afdhal bererti yang paling banyak pahala nya, sedangkan kata khair bererti manfaat, jadi kata yang pertama adalah berkenaan dengan kuantiti sedang pertanyaan kedua adalah berkenaan dengan kualiti. Tapi menurut pendapat yang masyhur, bahawa pertanyaan yang sama dalam dua hadis diatas adalah disebabkan perbezaan keadaan penanya dan pendengarnya. Mungkin jawapan dalam hadis pertama dimaksudkan memberi peringatan kepada mereka yang takut menerima bencana yang diakaibatkan oleh tangan atau lisan, maka hadis tersebut memberikan jalan untuk tidak melakukan perbuatan tersebut. Sedangkan jawapan yang kedua, adalah memberikan motivasi kepada orang yang mengharapkan manfaat dengan perbuatan atau perkataan, maka hadis tersebut menunjukan konkrit perihal tersebut. Dengan demikian disebutkan nya dua bentuk atau perangai tersebut adalah sesuai dengan pekerluan si penanya pada waktu agar mereka tertarik untuk mesuk agama islam. Disamping itu para sahabat pada waktu itu sedang semangat melaksanakan perintah syariat, sehingga mereka selalu menanyakan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam perbuatan apa saja yang dapat mendatangkan kebaikan kepada mereka. Hal itu menunjukan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menekankan kedua perlakuan tersebut pada awal memasuki kota Madinah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan lain nya dari Abdullah bin Salam.
تُطْعِمُ (memberi makan),
bererti juga perintah untuk memberi makan kepada fakir miskin, termasuk juga menjamu tamu yang datang. Demikian pula kata َتَقْرَأُ (mengucapkan) juga bererti perintah untuk mengucapkan.
وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ (dan yang tidak engkau ketahui)
hal ini dimaksudkan untuk meninggikan syiar islam dan menjaga hubungan ukhuwah Islamiyah, bukan untuk kesombongan dan basa-basi belaka. Apabila ada pendapat yang menyatakan bahawa kaitan kalimat ini maseh umum sehingga mencakupi orang kafir, orang munafik dan orang fasik. Jawapnya, memang kaitan hadis ini maseh umum, tapi hadis ini dikhususkan dengan hadis lain yang memberikan larangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gothehome@yahoo.com