Selasa, Januari 05, 2010

Terjemahan Fathul Bari : Sesiapa yang selamat orang-orang muslim daripada lisannya dan tangannya

Terjemahan
Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari


Bab 5 : Bagaimankah Islam yang Paling Baik
Hadis 11 : Sesiapa yang selamat orang-orang muslim daripada lisannya dan tangannya

5. Bagaimana Islam Yang Paling Baik.




11 -
 حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْقُرَشِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

[Al-Bukhariy/ 11] Telah bercerita kepada kami Sa`id bin Yahya bin Sa`id Al-Qurasyiy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami bapa saya, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Abu Burdah bin `Abdi Llah bin Abi Burdah, daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa radhiyallahu anhu, dia berkata: Mereka berkata: Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Islam yang manakah paling baik? Dia berkata: «Sesiapa yang selamat orang-orang muslim daripada lisannya dan tangannya».



Keterangan Hadis :

Apabila ada perkataan, ”Kata الْإِسْلَامِ disini adalah memakai bentuk singular (tunggal), sedang kata yang datang satelah kata أَيُّ harus berbentuk plural”. Maka jawap nya, bahawa dalam hadis ini ada bahagian kata yang dihapuskan, kerana kalimah sebenar nya adalah الْإِسْلَام ذَوِِي أَيُّ . Pengertian seperti ini diperkuat dengan adanya riwayat Muslim yang menggunakan redaksi, أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ (orang-orang islam bagaimanakan yang paling afdhal). Jika kedua redaksi ini di formulasikan, maka keutamaan seorang muslim akan dapat dicapai dengan melakukan salah satu dari sifat atau hal-hal yang disebutkan dalam hadis tersebut.



Pengertian seperti ini menjadi lebih baik dari pengertian yang dikemukankan oleh sejumlah pensyarah yang menyatakan bahawa maksud pertanyaan dalam hadis ini adalah, آلاسلامِ حِصالِ أيَُ . Menurut kami, pengertian seperti ini lah yang paling tepat, kerana dengan pengertian seperti ini akan timbul pertanyaan lain, seperti menanyakan tentang ”ciri islam yang utama”, tetapi dijawap dengan orang yang mempunyai ciri tersebut. Apakah hikmah dari bentuk pertanyaan dan jawapan seperti ini? Jawapnya, mungkin bentuk pertanyaan seperti ini mengikut gaya bahasa Al-Quran, sebagaimana firman Allah, ”Mereka bertanya kepada mu tentang apa yang mereka nafkahkan? Jawaplah, ”Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibubapa, kaum kerabat”.



Dengan pengertian seperti itu, kita tidak lagi membolehkan penakwilan. Jika ciri muslimin yang berhubung dengan Islam lebih utama dari sebahagian ciri yang lain, maka tampak jelas bagi kita perhibungan hadis ini dengan hadis sebelum nya yang disebutkan Imam Bukhari tentang perkara Iman, dimana beliau menyebutkan bahawa iman dapat bertambah dan berkurang, kerana iman dan islam merupakan dua perkara yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gothehome@yahoo.com