Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari
Kitab Iman
Bab 4 : Orang Muslim adalah orang yang Menyelamatkan Orang Islam dari Lisan dan tanggan nya
Hadis 10 :Orang Muslim adalah orang yang Menyelamatkan Orang Islam dari Lisan dan tanggan nya.
Orang Muslim adalah orang yang Menyelamatkan Orang Islam dari Lisan dan tanggan nya.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ r،
قَالَ: "الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ"
10. daripada `Abdi Llah bin `Amr, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, dia berkata: «Orang muslim itu ialah sesiapa yang selamat orang-orang muslim daripada lisannya dan tangannya, dan orang yang berhijrah itu ialah sesiapa yang meninggalkan apa-apa yang Allah tegah daripadanya».
Keterangan Hadis:
Al Khaththabi menyatakan bahawa muslim yang paling utama adalah muslim yang mampu melaksanakan semua kewajipan nya untuk memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak sesama nya. Mungkin juga maksud bab ini adalah untuk menunjukan ciri seorang muslim yang dapat menunjukan keislaman nya, iaitu mampu menyelamatkan kaum muslimin dari bencana akibat ucapan lidah dan perbuatan tangan nya. Atau mungkin sebagai dorangan bagi seorang muslim untuk berlaku dan berbudi pekerti yang baik kepada tuhan nya, kerana apabila sesaorang muslim berlaku baik terhadap sesama nya, maka sudah barang tentu ia berkelakuan baik kepada tuhan nya.
Ada pengecualian dalam hadis di atas,iaitu memukul dengan tangan untuk melaksanakan hukum terhadap orang muslim yang berhak menerima nya, sebagaimana yang ditentukan oleh syariat.
Lain hal nya dengan ucapan yang mengandungi ejekan atau menguasai hak orang lain secara paksa, kedua kelakuan tersebut termasuk bencana lidah dan tangan yang harus dihindari oleh seorang muslim.
Ada dua macam bentuk hijrah, iaitu:
Hijrah zhahiriah, iaitu pergi meninggalkan tempat untuk menghindari fitnah demi mempertahankan agama.
Hijrah bathinah, iaitu meninggalkan perbuatan yang dibisikkan oleh nafsu amarah dan syaitan.
Seakan-akan orang-orang yang berhijrah diperintahkan seperti itu, agar hijrah yang mereka lakukan tidak hanya berpindah tempat sahaja, tetapi lebih dari itu, mereka benar-benar melaksanakan perintah syariat dan meninggalkan larangan nya. Memang orang yang meninggalkan apa yang di larang oleh Allah bererti ia telah melaksanakan hakikat hijrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gothehome@yahoo.com