Terjemahan
Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari
Bab 3 : MASAALAH IMAN DAN FIRMAN ALLAH ....
Hadis 9 : Malu itu Satu Bahagian daripada Iman
3. MASALAH IMAN DAN FIRMAN ALLAH
Firman Allah ; bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2 : 177)
dalam firman yang lain;
Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, (Al-Mu’minuun 23 : 1)
Pengambilan ayat ini sebagai dalil dan hubungan nya dengan hadis pada bab ini tampak dari hadis yang di riwayatkan Abdurrazaq melalui Mujahid, “Sesungguh nya Abu Dzarr bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tentang iman, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menbaca ayat diatas”.
Hadis ini diriwayatkan oleh perawi yang terpercaya, nakun Imam Bukhari tidak menyebut hadis tersebut kerana tidak sesuai dengan syarat-syarat hadis beliau. Adapun alasan pengambilan dalil dari ayat diatas, kerana ayat tersebut membatasi perertian takwa kepada orang-orang yang memenuhi sifit-sifat yang terkandung dalam ayat. Muksudnya adalah orang-orang yang menjaga diri nya dari kesyirikan dan perbuatan yang buruk. Apabila mereka melakukan semua bentuk prilaku yang disebutkan dalam ayat, kemudian meninggalkan perbuatan syirik dan dosa, maka mereka adalah orang-orang yang sempurna iman nya. Untuk itu kita dapat menggabungkan antara makna ayat dan hadis, bahawa semua prilaku yang di iringi dengan tashdiq (keimanan) termasuk dalam kategori perbuatan yang baik dan iman.
Apabila dikatakan, bahawa dalam matan (isi) hadis ini tidak disebutkan kata Tashdiq, maka jawab ,ya, kata tersebut telah disebutkan dalam hadis yang asli, seperti hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, sedangkan Imam Bukhari hanya mengemukan kan sebahagian besar atau inti dari isi hadis sahaja dan tidak mencantumkan keseluruhan nya.
Dimungkinkan ayat, “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman”, merupakan penafsiran tentang orang-orang yang bertakwa yang dijelaskan pada ayat yang sebelumnya. Ertinya bahawa orang-orang yang bertakwa adalah orang yang disifati dalam ayat diatas, iaitu orang yang beriman, berbahagia dan seterusnya sampai akhir ayat.
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْجُعْفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ الْعَقَدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
[Al-Bukhariy/ 9] Telah bercerita kepada kami `Abdu Llah bin Muhammad, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Abu `Amir Al-`Aqdiy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Sulayman bin Bilal, daripada `Abdi Llah bin Dinar, daripada Abi Salih, daripada Abi Hurayrah, daripada Nabi, dia berkata: «Iman itu enam puluh lebih bahagian, dan malu itu satu bahagian daripada iman».
Keterangan Hadis :
Menurut Al Qazzaz بِضْعٌ bererti bilangan antara tiga sampai sembilan. Menurut Ibnu Saidah bererti bilangan bilangan dari tiga sampai sepuluh. Sedangkan pendapat yang lain mengertikan, angka antara satu sampai sembilan, atau dua sampai sepuluh, atau juga empat sampai sembilan, Menurut Al Khalil bererti tujuh, tetapi pendapat Al Qazzaz banyak di sepakati oleh para ahli tafsir berdasarkan firman Allah, ” ” (kerana itu tetap lah dia (Yusof) dalam penjara selama beberapa tahun), sebagaimana di riwayatkan Al-Tirmidzi dengan sanad sahih, ”Sesungguhnya kaum Quraisy pernah mengucapkan kata tersebut kepada Abu Bakar”, dan juga riwayat dari Ath_Thabari dengan sanad marfu’.
سِتُّونَ (enam puluh)
Tidak terjadi perbezaan kata سِتُّونَ pada sanad Abu Amir Syaikh Imam Bukhari. Lain hal nya dengan hadis yang di riwayatkan oleh Abu Awanah melalui sanad Bisyr bin Amru dari Sulaiman bin Bilal, iaitu, enam puluh atau tujuh puluh. Demikian pula terjadi keraguan dalam riwayat Imam Muslim dari jalur sanad Suhail bin Abi Shalih dari Abdullah bin Dinar. Adapun hadis riwayat Ashhab sunan Ats- Tsalats dari jalur Suhail menyebutkan بِضْعٌ وَسِتُّونَ tanpa ada keraguan. Abu Awanah dalam salah satu riwayat nya menyebutkan enam puluh enam atau tujuh puluh tujuh.
Imam Baihaqi lebin menguatkan riwayat Bukhari, kerana menurutnya Sulaiaman bin Bilal tidak ragu dalam mengucapkan angka tersebut. Pendapat ini maseh dapat di pertikaikan. Mengikut Bisry bin Amru dalam riwayatnya sempat mengalami keraguan, namun kemudian beliau meyakinkan kembali angka tersebut. Sedang riwayat Tirmidzi yang menyebut angka enam puluh empat adalah riwayat yang cacat, tetapi sebenar nya riwayat ini tidak bertantangan dengan riwayat Bukhari. Adapun usaha untuk menguatkan pendapat yang menyatakan ”tujuh puluh”, sebagaimana disebutkan Hulaimi dan Iyad adalah berdasarkan banyak perawi yang dapat dipercayai, tetapi Ibnu Shalah menguatkan pendapat yang menyebut bilangan (angka) yang lebih sedikit, kerana yang lebih sedikit adalah yang diyakini.
Erta kata شُعْبَةً adalah potongan, tetapi maksud kata tersebut adalah cabang, bahagian atau perangai.
Secara etimologi الْحَيَاءُ bererti perubahan yang ada pada diri sesaorang kerana takut melakukan perbuatan yang dapat menimbulkan aib. Kata tersebut juga bererti meninggalkan sesuatu dengan alasan tertentu, atau ada nya sebab yang memaksa kita harus meninggalkan sesuatu. Sedangkan secara terminologi, bererti perangai yang mendorong untuk menjauhi sesuatu yang buruk dan mencegah untuk tidak memberikan sesuatu hak kepada pemilik nya, sebagaimana di riwayatkan dalam sebuah hadis, ”Malu itu bain keseluruhan nya”.
Apabila dikatakan, bahawa sesungguhnya sifat malu merupakan keinginan manusia, lalu bagaimana boleh dikategorikan sebagai cabang dari Iman? Jawap nya, bahawa malu boleh menjadi keinginan dan boleh menjadi prilaku moral, akan tetapi penggunaan rasa malu agar sesuai dengan jalur syariat membolehkan usaha, pengertahuan dan niat, kerana malu dapat menjadi faktor pemangkin yang melahirkan perbuatan taat dan membentangkan diri dari perbuatan maksiat. Dengan demikian tidak dibenarkan kita mengatakan, ”Ya tuhan, aku malu untuk mengucapkan kata kebenaran atau malu untuk melakukan perbuatan bail”, kerana yang seperti ini tidak sesuai dengan syariat.
Apabila ada pendapat yang menyatakan, ”Kenapa hanya malu yang disebutkan?”. Jawap nya, kerana sifat malu adalah motivator yang akan memunculkan cabang iman yang lain, sebab dengan malu sesaorang merasa takut melakukan perbuatan yang buruk didunia danakhirat, sehingga malu dapat berfungsi untuk memerintah dan menghindari tau mencegah.
Ibnu Iyad berpendapat, ”Semua orang telah berusaha untuk menentukan cabang atau bahagian iman dengan ijtihad. Kerana menentukan hukum nya secari pasti sangat sulit untuk dilakukan. Tetapi ini tidak bererti keimanan sesaorang akan cacat bila ia tidak mampu menentukan batasan tersebut secara terperinci”.
Orang yang cuba menghitung semua cabang tersebut tidak menemukan suatu kesepakatan, tetapi yang mendekati kebenaran adalah kaedah yang dikemukakan oleh Ibnu Hibban. Namun hal ini tidak menjelaskan nya secara terperinci, hanya saja saya telah meringkaskan apa yang mereka paparkan dan apa yang saya sebutkan, bahawa iman terbahagi memjadi beberapa cabang iaitu :
- Perbuatan hati, termasuk keyakinan dan niat. Prilaku hati ini mencakupi 24 cabang, ia itu; iman kepada dzat, sifat, keesaan, dan kekekalan Allah, iman kepada malaikat, kitab-kitab, Rasul, qadha dan qadar, hari akhir, termasuk juga alam kubur, hari kebangkitan, dikumpulkan nya semua orang dipadang mahsyar, hari perhitungan, perhitungan pahala dan dosa, syurga dan neraka. Kemudian kecintaan kepada Allah, kecintaan kepada sesama, kecintaan kepada nabi dan keyakinan akan kebesarannya selawat kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam danmelaksanakan sunnah. Selanjut nya keiklasan yang mencakupi meninggalkan riba, kemunafikan, taubat, rasa takut, harapan, syukur, amanah, sabar, ridha terhadap qadha, tawakkal, rahmah, kerendahan hati, meninggalkan kesombongan, iri, dengki dan amanah.
- Perbuatan lisan yang mencakupi tujuh cabang keimanan, iaitu melafaskan tauhid (mengesakan Allah), membaca Al-Quran, mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu, doa, zikir dan istighfar (mohon keampunan) dan menjauhi perkataan-perkataan yang tidak bermanfaat.
- Perbuatan jasmani yeng mencakupi tiga puluh lapan cabang iman, dengan perincian sebagai berikut:
- Berkenaan dengan badan, ada lima belas cabang, iaitu bersuci dan menjauhi segala hal yang najis, menutup aurat, solat wajib dan sunnah, zakat, membebaskan budak, dermawan (termasuk memberi makan dan menghormati tamu), puasa wajib dan sunnah, haji dan umrah, thawaf, I’tikaf, mengupayakan malam qadar, mempertahankan agama seperti hijrah dari daerah syirik, melaksanakan nadzar dan melaksanakan kafarat.
- Berkenaan dengan orang lain, ada enam cabang, iaitu iffah (menjaga kesucian diri) dengan melaksanakan nikah, menunaikan hak anak dan keluarga, berbakti kepada orang tua, mendidik anak, silaturrahim, taat kepada pemimpin dan berlemah lembut kepada pembantu.
- Berkenaan dengan kemaslahatan umum, ada tujuh belas cabang, iaitu berlaku adil dalam meminpin, mengikut kelompok majoriti, taat kepada pemimpin, mengadakan ishlah (perbaikan) seperti memerangi para pembangkang agama, membantu dalam kebaikan seperti amal ma’ruf dan nahi mungkar, melaksanakan hukum Allah, jihad, amanah dalam denda dan hutang serta melaksanakan kewajipan hidup bertetangga. Kemudian mengjaga perangai dan budi pekerti yang baik dalam berinteraksi dengan sesama seperti menhumpulkan harta di jalan yang halal, menhinfakkan sebahagian harta, menjauhi berfoya-foya dan menghambur-hamburkan harta, menjawap salam, mendoakan orang yang bersin, tidak menyakiti orang lain, serius dan tidak suka main-main, serta menyingkirkan duri di jalanan.
Demikian lah semua cabang keimanan tersebut yang jumlah nya lebih kurang menjadi enam puluh sembilan cabang. Pembahagian ini dapat dijumlahkan menjadi yujuh puluh sembilan cabang bila sebahagian cabang di atas di perincikan semula.
Dalam riwayat Muslim ditemukan tambahan kalimah ” ” (yang tertinggi adalah kalimah laa ilaaha illallah, dan yang terendah adalah menyingkirkan duri dari jalanan). Hal ini menunjukan adanya perbezaan tingkatan antara satu cabang iman dengan cabang lain nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gothehome@yahoo.com