Fathul Bari
Ibnu Hajar Al Asqalani
Syarah Kitab Shahih Al Bukhari
2. Kitab Iman
1. Sabda Nabi ”Dasar Islam Ada Lima Perkara”.
1. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, “Dasar Islam Ada Lima Perkara”.
Iman itu adalah perkataan dan perbuatan, dapat bertambah atau pun berkurang, sebagaimana firman Allah ;
(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Al Fath (48 : 4))
Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk. (Al-Kahfi 18 : 13)
dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang Yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal Yang baik Yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya. (Maryam 19 : 76)
dan (sebaliknya) orang-orang Yang menerima petunjuk (ke jalan Yang benar), Allah menambahi mereka Dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. (Muhammad 47 : 17)
124. dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada Yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu Yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" adapun orang-orang Yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). (At-Taubah 9 :124)
mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)". (Ali-Imran 3 : 173)
dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (Al-Ahzab 33 : 22)
Mencintai dan membenci sesaorang kerana Allah adalah termasuk tanda-tanda iman. Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepada Adi bin Adi yang berbunyi, “Sesungguh nya iman itu terdiri dari kewajiban-kewajiban, syariat-syariat, hukum-hukum dan sunnah –sunnah. Barangsiapa yang menyempurnakan semua hal tersebut maka telah menyempurnakan iman nya, dan barang siapa tidak menyempurnakan nya maka belum sempurna iman nya. Jika aku panjang umur, sungguh aku akan menjelaskan nya kepada kamu hingga kamu semua mengetahui nya, akan tetapi jika aku meninggal maka aku tidak dapat menjelaskan nya kepada kamu”.
Nabi Ibrahim berkata, ”Akan tetapi agar hati ku tetap mantap – dengan iman ku’. (Al-Baqarah 2 : 260). Muadz berkata, ”Duduk lah bersama kami, mari kita memperbarui iman kita dengan berzikir sejenak”. Ibnu Mas’ud berkata, ”Keyakinan adalah sumber keimanan”.
Ibnu umar berkata, ”Seorang hamba tidak akan mencapai ketakwaan yang hakiki sehingga ia meninggalkan keraguan di dalam hati nya”. Dan Mujahid menafsirkan ayat, ”Disyariat kan kepada kamu (AsySyuura 26 : 13) bahawa maksud nya adalah, ”Kami telah mewasiat kan kepada mu wahai Muhammad dan kepada nya satu agama”. Ibnu Abbas menyatakan bahawa maksud dari, ”Aturan dan jalan yang terang (Al Maa’idah 5 : 48) adalah jalan dan sunnah”.
Iman menurut bahasa adalah tashdiiq (mempercayai), sedangkan menurut istilah adalah mempercayai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan berita yang dibawa nya dari Allah. Perbezaan pendapat dikalangan ulama, adalah mengenai, apakah disyaratkan mengucapkan iman dengan lisan, atau harus diwujudkan dalam bentuk perbuatan seperti mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan? Permasalahan ini akan kami jelas kan Insya Allah.
Ungkapan ”Iman adalah perkataan dan perbuatan, dapat bertambah atau berkurang”. Terdiri dari dua kalimah, ia itu ; Pertama, iman adalah perkataan dan perbuatan, dan yang kedua iman adalah bapat bertambah dan berkurang. Yang dimaksudkan dengan perkataan ialah mengucap dua kalimah syahadah, sedang kan yang dimaksudkan dengan perbuatan adalah mencakupi perbuatan hati (keyakinan) dan perbuatan anggota badan (ibadah). Dalam hal ini, ada perbezaan sudut pandangan diantara para ulama, sehingga sebahagian mereka memasukan ”perbuatan” dalam definisi ”iman” dan sebahagian yang lain tidak memasukkan nya. Ulama terdahulu menyatakan bahawa iman adalah mempercayai dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan di amalkan dengan anggota badan. Menurut mereka mengamal kan dengan anggota badan adalah merupakan syarat kesempurnaan iman, sehingga muncul lah kenyataan bahawa iman dapat bertambah dan berkurang seperti yang akan dijelaskan kemudian.
Golongan murji’ah berpendapat, bahawa iman adalah mempercayai dengan hati dan mengucapkan nya dengan lisan. Sedang kan golongan Karramiyah menyatakan, bahawa iman cukup di ucapkan dengan lisan sahaja. Adapun golongan Mu’tazilah berpendapat, bahawa iman adalah perbuatan, ucapan dan keyakinan. Letak perbezaan mereka dengan ulama terdahulu adalah kerana mereka menjadikan amal (perbuatan) sebagai syarat sah nya iman, sedangkan ulama terdahulu menjadikan perbuatan sebagai syarat kesempurnaan iman. Hal ini disebabkab perbezaan sudut pandangan mereka berdasarkan hukum Allah swt. Tetapi jika berdasarkan hukum manusia, maka iman hanya cukup dengan pengakuan sahaja. Oleh kerana itu, barangsiapa yang sudah berikrar (percaya kepada Allah) maka ia di anggap sebagai mukmin, kecuali ia terbukti melakukan perbuatan yang menyebabkan kekufuran seperti menyembah berhala.
Jika perbuatan yang dilakukan nya dapat menyebabkan kefasikan, maka ia di anggap sebagai orang yang beriman berdasarkan pengakuan yang diucapkan mulut nya, tetapi dia di anggap tidak beriman berdasarkan kesempurnaan iman nya. Untuk itu ia dianggap sebagai orang kafir jika terbukti melakukan perbuatan kufur dan di anggap sebagai orang yang beriman berdasarkan hakikat keimanan itu sendiri. Dalam hal ini kelompok sederhana mu’tazilah menyatakan, bahawa orang fasik tidak beriman dan tidak pula kafir.
Sedangkan maslah kedua, ulama salaf berpendapat bahawa iman dapat bertambah dan berkurang. Pendapat ini di tentang oleh ahli kalam, kerana menurut mereka hal itu bererti ketika iman belum bertambah dan berkurang, maka maseh ada keraguan di dalam nya. Syaikh Muhyiddin menyatakan yang benar adalah bahawa keyakinan dapat bertambah dan berkurang sesuai dengan banyak nya melihat dan mengkaji serta adanya dalil dalil yang jelas. Oleh kerana keimanan Abu Bakar lebih kuat daripada keimanan orang lain kerana keimanan beliau tidak bercampur keraguan sedikit pun. Dia menguatkan pendapat ini dengan menyatakan, bahawa setiap orang mengetahui bahawa apa yang ada dalam hati nya selalu pasang surut, dimana pada suatu saat ia merasa iman nya lebih kuat dan ikhlas serta lebih bertawakal.
Begitu juga yang diriwayat kan Abul Qasim dalam Kitab Sunnah dari Iman Syafi’i dan ahmad bin hambal serta Ishak bin Rahawaih dan Abu Ubaid dan ulama lain nya. Dia meriwayatkan dari Imam Bukhari dengan sanad sahih, bahawa Imam Bukhari menyatakan, ”Saya sudah menemui lebih dari seribu ulama di berbagai penjuru, namun saya tidak menemui satu pun dari mereka yang berbeza pendapat bahawa Iman adalah perkataan dan perbuatan, bertambah dan berkurang”.
Ibnu Abi Hatim menjelaskan tentang periwayatan hal tersebut dengan sanad sanad dari para sahabat dan tabiin dan semua ulama yang mengadakan ijma’ (konsensus) dalam masalah ini. Fudhail bin Iyadh dan Imam Waki’ meriwayatkan juga dari Ahlu Sunnah wal jama’ah, dan Hakim menyatakan di dalam manaqib syafi’i. Abu Al Abbas Al Ashara menceritakan kepada kami, bahawa Rabi’ menyatakan, ”Saya mendengar Imam Syafi’i menyatakan, bahawa iman adalah perkataan dan perbuatan, bertambah dan berkurang”. Abu Nua’im menambah bahawa iman akan bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Kemudian beliau membaca firman Allah, ”Dan supaya orang yang beriman bertambah iman nya”. Kemudian Imam Bukhari membuktikan dengan ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan bahawa iman itu boleh bertambah, yang dengan sendiri nya dia dapat membuktikan sebalik nya, ia itu iman boleh berkurang.
”Cinta dan benci kerana mencari keredhaan Allah adalah sebagian dari iman. Ini adalah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dari hadis Abu Umamah dan hadis Abu Dzarr. Adapun hadis Abu Dzarr adalah, ”Perbuatan paling baik adalah cinta dan benci kerana Allah”. Sedangkan hadis Abu Umamah, ”Barangsiapa cinta, benci, memberi dan menolak kerana Allah, maka sesungguh nya iman nya telah sempurna”.
Tirmidza meriwayat kandari hadis mu’adz bin Anas seperti hadis Abu Umamah namun Ahmad manambah, ”Dan memberi nasihat kerana Allah”. Dalam hadis lain dia menambah, ”Dan menggerak kan lisan nya untuk menyebut nama Allah”. Imam Ahmad juga meriwayat kan hadis dari Amru bin Al Jumuh, ”Seorang hanba tidak akan mendapat kan realiti iman hingga ia mencintai sesuatu kerana Allah dan membenci sesuatu kerana Allah”. Sedangkan Al Bazar meriwayatkan, ”Ciri-ciri iman paling kuat adalah cinta dan benci kerana Allah”.
Dalam hadis nya Imam Bukhari menyebutkan , ”Tanda-tanda iman adalah mencintai kaum Ansar”. Hadis ini dijadikan dalil oleh Imam Bukhari untuk menyatakan, bahawa iman dapat bertambah dan berkurang, kerana cinta dan benci mempunyai tingkatan yang berbeza.
Adi bin Adi atau Ibnu Umairah Al Kindi adalah seorang tabiin dan putra salah seorang sahabat, Dia adalah pegawai umar bin Abdul Aziz di kawasan jazirah, oleh kerana Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepada nya yang isi nya, (Amma ba’du, sesunggh nya iman itu mempunyai kewajipan-kewajipan dan syariat-syariat) sampai akhir.
Maksud kewajipan adalah perbuatan yang diwajibkan, sedangkan syariat adalah ajaran atau akidah agama. Adapun hudud (hukum) adalah larangan-larangan yang diharam kan, dan sunan adalah hal-hal yang disunnahkan.
Tujuan riwayat ini untuk menyatakan bahawa Umar bin Abdul Aziz adalah termasuk orang yang menyatakan bahawa iman itu bertambah dan berkurang, hal ini berdasarkan perkataan nya, ”Imanboleh mencapai titik kesempurnaan dan boleh juga tidak”.
”Nabi Ibrahim berkata, ”Akan tetapi agar hati ku tetap mantap dengan iman ku” (Al-Baqarah 2 : 60) Penafsiran Sa’id bin Jubair, Mujahid dan lain nya telah menumpu kepada ayat ini. Ibnu Jarir meriwayatkan kepada sa’id dengan sanad nya yang sahih, dia menyatakan, ”Perkataan Ibrahim ”agar hati ku tetap mantap” mempunyai erti agar keyakinan ku bertambah. Sedangkan riwayat dari Mujahid, dia menyatakan, ”Supaya aku menambah keimanan disamping keimanan ku yang sudah ada”.
Apabila hal tersebut benar benar perkataan Nabi Ibraim sedangkan Nabi Muhammad telah diperintah kan oleh Allah untuk mengikut ajaran Nabi Ibrahim maka seakan akan hal tersebut juga berasal dari Nabi Muhammad. Tetapii Imam Bukhari memisahkan ayat, ”Akan tetapi agar hati ku tetap mantap dengan iman ku” dengan ayat ayat sebelum nya yang menjelaskan tentang iman dapat bertambah dan berkurang, hal itu kerana Imam Bukhari mengambil dalil dari ayat sebelum nya secara kontekstual.
Perkataan Mu’adz bin Jabal kepada Al Aswad bin Hilal, ’duduk lah bersama kami untuk beriman sejenak”. Kemudian kedua nya duduk berzikir dan memuji Allah. Dari perkataan ini jelas bahawa maksud Mu’adz adalah untuk menambah keimanan dengan berzikir kepada Allah bukan untuk mulai beriman, kerana Mu’adz adalah orang yang sudah beriman. Qadhi Abu Bakar bin Arabi menyatakan, ”Hal itu tidak ada hubungan nya dengan usaha untuk menambah keimanan, kerana maksud Mu’adz adalah ingin memperbaharui keimanan nya. Sebab seorang hamba diwajibkan untuk beriman pada awal nya sahaja, selanjut nya ia hanya memperbaharui dan memperbaiki setiap kali melihat dan berfikir”.
Ibnu Mas’ud berkata, ”Keyakinan keseluruhan nya adalah iman”. Ini adalah potongan hadis yang disampaikan oleh Thabarani dengan sanad sahih, dimana potongan berikut nya adalah, ”Dan kesabaran adalah setengan dari iman”. Imam ahmad meriwayatkan dari jalur Abdullah bin Hakim dari Ibnu Mas’ud, bahawa dia berkata, ”Ya Allah, tambahlah keimanan, keyakinan dan pemahaman kami’.
CATATAN :
Hadis ini berkaitan erat dengan pendapat yang menyatakan, bahawa iman hanya sekadar keyakinan. Untuk itu saya katakan, bahawa maksud Ibnu Mas’ud adalah, keyakinan merupakan dasar daripada iman. Jika keyakinan itu telah tertanam dalam hati, maka segala anggota tubuh termotivasi untuk melakukan perbuatan baik. Untuk itu Sufyan Tsauri mengyatakan, ”Seandainya keyakinan benar-benar bersemayam dalam hati, maka ia akan terbang ke syurga dan menjauhi api neraka”.
Yang dimaksudkan dengan takwa dalamhadis ibnu Umar, ”Seorang hamba tidak akan mencapai ketakwaan yang hakiki hingga ia meninggalkan keraguan dalam hati nya” adalah menjaga diri dari kesyirikan dan menekuni perbuatan-perbuatan yang baik. Kalimah ’keraguan” dalam hadis ini menunjukkan bahawa sebahagian kaum muslimin telah mencapai hakikat keimanan dan sebahagian yang lain belum mencapai tingkatan tersebut. Makna perkataan Ibnu umar tersebut dapat ditemukan dalam hadis Athiyah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersbda, ”Sesaorang tidak termasuk diantara orang-orang yang bertakwa sehingga dia meninggalkan apa yang tidak meragukan kerana berhati-hati terhadap apa yang menimbulkan keraguan”.
Ibnu Abi Dunya telah meriwayatkan dari Abu Darda, dia berkata, ”Kesempurnaan takwa, ia itu hendak nya kamu bertakwa kepada Allah hingga meninggalkan apa yang kamu lihat halal kerana takut akan menjadi haram”.
Imam Syafi’i, Imam Ahmad dan lain-lain nya berpendapat bahawa perbuatan adalah termasuk iman. Pendapat ini berdasarkan firman Allah, ”padahal mereka tidak diperintahkan kecuali agar mereka menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada nya dalam (menjalankan) agama yang lurus (Al-Bayyinah 98 : 5)
2. DOA ADALAH IMAN
Hadis Dibina Islam itu di atas lima
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى قَالَ أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Telah bercerita kepada kami `Ubaydu Llah bin Musa, dia berkata: Telah memberitahu kami Hanzalah bin Abi Sufyan, daripada `Ikrimah bin Khalid, daripada Ibni `Umar, dia berkata: Telah berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: «Dibina Islam itu di atas lima: Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, dan mendirikan salat, dan memberikan zakat, dan haji, dan puasa Ramadhan.
عَلَى خَمْسٍ bererti atas lima (perkara atau lima dasar (pokok)), sebagaimana yang diriwayat kan oleh Abdurrazaq. Tetapi dalam riwayat Imam Muslim disebutkan lima rukun. Apabila dikatakan bahawa empat dasar (pokok) di atas berdiri diatas dasar syahadah, makatidak sah jika belum melaksanakan syahadah.
CATATAN :
Jihad tidak termasuk dalam hadis ini, kerana hukum jihad adalah fardhu kifayah dan jihad tidak diwajibkan kecuali dalam waktu dan keadaan tertentu. Inilah jawapan Ibnu Umar tentang masalah jihad. Dalam akhir riwayat nya, Abdurrazaq menambah, ”Jihad adalah perbuatan baik”. Lain hal nya dengan Ibnu Baththal yang menganggap bahawa hadis ini muncul pada waktu awal Islam sebelum diwajibkan jihad. Memang jawapan ini maseh dapat dipertikaikan, bahkan memang jawapan yang salah, kerana jihad diwajibkan sebelum terjadi nya perang Badar, sedang perang badar sendiri terjadi pada bulan Ramadhan tahun kedua hijriyah, dimana pada tahun itu juga diwajibkan puasa, zakat dan haji menurut pendapat yang benar.
(Kesaksian bahawa tiada tuhan selain Allah) Apabila dikatakan, ”Kenapa dalam syahadat tidak disebut iman kepada para Nabi dan Malaikat dan lain nya sebagaimana yang ditanyakan oleh Jibril? Jawap nya, bahawa maksud dari syahadah adalah membenarkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dengan itu kalimah syahadah telah mencakupi semua masalah yang berhubung dengan akidah. Ismaili mengyatakan, ”Hal ini merupakan penamaan sesuatu dengan menyebut bahagian nya, seperti seorang menyatakan, ”Aku mmembaca Alhamdu”, maksud nya aku membaca surah Al-Fatihah. Maka jika dikatakan, ”Aku bersaksi atas kebenaran risalah Muhammad”, bererti aku bersaksikan atas kebenaran semua ajaran yang dibawa oleh Muhammad”.
Maksud mendirikan solat adalah menjalankan atau melaksanakan solat, sedang maksud mengeluarkan zakat adalah mengeluarkan sebahagian dari harta dengan cara khusus.
Untuk menentukan keabsahan keislaman sesaorang, Al Baqillani mensyaratkan terlebih dahulu pengakuan terhadah keesaan Allah (tauhid) sebelum mengakui risalah.
Kesimpulanyang dapat diambil dari hadis diatas adalah bahawa pemahaman makna umum sunnah Rasul, dapat dikhususkan dengan erti tekstual Al-Quran. Erti hadis secara umum menyatakan bahawa orang yang melaksanakan semua hal yang disebutkan, maka Islan nya sah. Sebalik nya orang yang tidak melaksanakan semua yang disebut, maka Islam nya tidak sah. Pemahaman ini dikhususkan dengan firman Allah, ”Dan orang-orang yang beriman, dan anak cucu mereka mengikut mereka dalamkeimanan. (Ath-Thuur 52 : 21)
Dalam hadis diatas, Imam Bukhari lebih dulu menyebut Haji daripada Puasa. Namun dalam hadis Imam Muslim dari riwayat Sa’ad bin Ubaidah dari Ibnu Umar, puasa disebutkan lebih dulu daripada haji. Sesaorang berkata, ”Haji dan puasa Ramadhan”, lalu Ibnu Umarberkata,”Tidak, puasa Ramadhan dan haji”. Ini menunjukan bahawa hadis riwayat Hamdhalah yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari merupakan hadis bil makna, ia itu hadis yang diriwayatkan berdasarkan maknanya, bukan berdasarkan lafaz yang diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Hal ini boleh jadi disebakan beliau tidak mendengar sanggahan Ibnu Umar pada hadis di atas, atau kerana ia lupa. Kemungkinan ini lebih tepat dibandingkan pendapat yang menyatakan bahawa Ibnu Umar mendengar hadis tersebut dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dua kali dalam bentuk yang berbeza, namun beliau lupa salah satu dari dua hadis tersebut ketika memberikan sanggahan kepada penyataan sesaorang dalam hadis diatas tadi.
Sebenarnya adanya hadis yang diriwayatkan secara berbeza menunjukan bahawa matan hadis tersebut disampai kan secara maknawi. Pendapat ini juga dikuatkan adanya tafsir Bukhari yang lebih mendahulukan lafas puasa daripada zakat. Apa mungkin para sahabat mendapatkan hadis ini dalam tiga bentuk?. Hal ini mustahil terjadi. Wallahu a’lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gothehome@yahoo.com